Jimmy Choo baru-baru ini mendedahkan kempen fesyen musim Bunga/Panas 2019 menampilkan susuk Kaia Gerber yang merupakan anak kepada veteran fesyen terkemuka, Cindy Crawford!
Foto-fotonya dirakam istimewa oleh jurugambar ternama, Steven Meisel, Kaia Gerber dilihat ayu dan ranggi sambil menggayakan koleksi terkini Jimmy Choo yang pastinya bersifat feminin namun lebih bersesuaian buat mereka berjiwa universal. Ini termasuklah tas tangan HELIA dan sneakers RAINE.
Lebih umphh apabila rekaan musim Bunga/Panas kali ini menengahkan helaian hoodie dan baju panas rona monokrom yang dihiasi cetakan Jimmy Choo gergasi buat mereka yang berani menonjolkan diri di khalayak.
Untuk pengetahuan semua, hoodie dan baju panas itu diasaskan sebagai rekaan kolaborasi bersama Pengarah Kreatif, Mathias Augustyniak dan Micheal Amzala.
Kedua-dua rekaan hoodie dan baju panas ini akan hanya dijual secara eksklusif di jimmychoo.com.
Menurut pihak Jimmy Choo, Kaia dipilih kerana beliau dilihat sebagai insan yang bakal mewarnai industri feysen masa hadapan bahkan, sangat menepati ciri-ciri dinamik yang merupakan karakter tepat untuk mempersembahkan jenama Jimmy Choo di mata global.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [jimmychoo.com].