Berbalik kepada cita rasa individu, tak semua mampu dan gemar memakai perhiasan emas. Ateliar Swarovski baru-baru ini nampaknya tampil dengan pilihan yang lebih mewah bersempena dengan sambutan tahub Baru Cina!
Hanya menggunakan permata kristal Swarovski berwarna merah delima untuk cipta aura “Ong” yang unik, set perhiasan ini turut memanfaatkan logam berona emas yang pastinya nampak lebih berkelas apabila membaluti pergelangan tangan, leher, jari dan tatkala menghiasi telinga si pemakai.
Untuk membawa tuah buat yang menyambut kehadiran tahun khinzir, ekspresinya jiwa kewanitaan kamu menerusi bingkisan berbentuk perhiasan indah yang diilhamkan dari putik bunga merah rekaan terkini Ateliar Swarovski.
Selain dijadikan perhiasan untuk dipakai sepanjang Tahun Baru Cina, boleh juga dihadiahkan buat yang tersayang menjelang Valentine’s Day! Sangat elegn dan sofistikated, kamu sendiri pasti mengimpikannya untuk koleksi persendirian kan?
Boleh dapatkan koleksi Ateliar Swarovksi dipanggil Graceful Bloom Collection ini hanya di butik Swarovski cawangan Pavilion Kuala Lumpur.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/atelierswarovski].