Dari beg tangan, kasut hinggalah kepada aksesori, percayalah bahawasanya Charles & Keith selaku pembekal perhiasan mewah untuk melengkapi gaya wanita berpersonaliti ini tampil dengan seleksi pilihan versatile istimewa untk musim bunga/panas 2019.
Kempennya berjudul “Summer Daze”, setiap satu item fesyen yang dihimpunkan dalam koleksi musim bunga/panas ini adalah bercirikan sofistikasi jiwa wanita hari ini yang sentiasa mahupun keunikan berganda. Pada asalnya, setiap rekaan adalah disunting dari perincian popular era 80-an, diolah menggunakan kepelbagaian warna menonjol serta bentuk-bentuk unik yang dihiasi corak cetakan.
Apa yang lebih menarik, foto-foto kempen musim bunga Charles & Keith tahun ini juga memilih lokasi berlatarkan lautan luas di samping gunung-ganang nyaman untuk merembeskan aura percutian menarik bagi mengujakan para pelanggan berpotensi.
Maklum sahajalah, sudah menjadi lumrah masyarakat hari ini apabila bercuti bukan sahaja dimanfaatkan untuk berlibur semata tetapi juga bergaya sakan dengan fashion staple terkini paling hangat sambil menrakam foto-foto #InstagramWorthy -kemudian dipertontonkan kepada umum sebagai lembaran fesyen gah.
Himpunan Koleksi Beg Tangan Terkini Charles & Keith Untuk Musim Bunga/Panas 2019
Untuk keterangan lanjut, sila klik [charleskeith.com/my]