Tahu tak Romaine Lettuce sebenarnya mengandungi banyak mineral terbaik untuk keperluan tubuh manusia. Ini termasuklah Vitamin C, Vitamin K yang mampu mencairkan kolesterol agar ia tidak melekat terus pada pembuluh darah jantung.
Baik untuk menghalang tubuh dari terkena sakit jantung bahkan dalam keadaan lain… Romaine Lettuce juga baik buat mereka yang sedang berdiet kerana membuat perut lekas kenyang -disebabkan kandungan air tinggi terdapat dalam serat daun-daunnya.
Untuk itu, penulis ingin berkongsi satu resepi mudah, yang pastinya ringkas dan sedap untuk kamu cuba sendiri. Jom belajar!
BAHAN:
- Daun salad jenis Romaine Lettuce
- 1 biji lemon (diperah jusnya)
- Krim masam (sour cream)
- Minyak Zaiton (olive oil)
- Garam secukup rasa
- Lada hitam secukup rasa
CARA BUAT CAESAR SALAD:
1. Basuh bersih daun salad Romiane Lettuce, toskan. Pastikan jika saiznya besar, potong kepada beberapa bahagian agar lebih mudah untuk kamu menyuapnya ke mulut nanti.
2. Bancuh dua sudu besar krim masam bersama satu sudu besar minyak zaitun serta garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Gaul rata hingga campuran kuah salad terlihat sebati.
3. Dalam mangkuk adunan, masukan daun salad yang sudah dipotong dan ditskan air basuhan… kemudian sira dengan kuah salad dengan sedikit perahan lemon. Boleh tambah jus perahan lemon jika suka rasa masam segar.
4. Gaul sebati salad dan siap! Boleh makan Caesar Salad ini bersama dengan cebisan roti ranggup seperti di dalam gambar.
CARA GORENG ROTI RANGUP:
Lazimnya Caesar Salad akan dimakan bersama croutons (roti dibakar keras) sebagai penambah rasa yang enak.
Tetapi penulis sudah ubah sedikit dengan menggantikan crouttons dengan roti putih yang digoreng garing bersama minyak zaiton untuk khasiat yang terjamin sihat.
1. Potong dadu beberapa keping roti putih.
2. Panaskan minyak zaiton di dalam kuali, pastikan minyak yang digunakan banyak sedikit kerana roti itu tadi akan menyerap minyak untuk menjadi garing.
3. Goreng sehingga garing dan naik bau. Siap! Boleh taburkan di atas Caeser Salad tadi. Lebih banyak taburan roti garing ni, lebih sedap tau!
Kalau nak lagi sedap, boleh taburkan cebisan keju serta kepingan bakon ayam.
Selamat mencuba! ❤