Dahulunya kita hanya nampak kebaikan internet ini ialah menghubungkan sebanyak umat manusia di dunia tanpa sempadan. Setiap kali mengetik papan kekunci pasti meriah dengan perkara mengelikan hati ataupun yang mengagumkan mata tanpa perlu berhabis duit membeli tiket kapal terbang.
Namun masuk pertengahan zaman millenium kini terlalu banyak kisah aib yang dijaja di media sosial. Paling ketara ialah perkongsian dan ruangan komen penuh dengan perkara yang tidak enak. Lama-kelamaan media sosial atau internet bukan lagi tempat untuk berhubung dengan keluarga atau sahabat tapi tempat untuk menghentam orang.
Ada sahaja perkara yang ketidakpuasan hati mahu dilunaskan disana dan paling tidak masuk akal kita cepat menghakimi tingkah individu dengan perkara yang mereka silap sekali. Hati-hatilah, jika anda tidak pernah membuli orang secara fizikal, sedarlah mungkin kini anda seorang pembuli siber yang berketagih.
Share tanpa periksa
Sudah banyak kempen dilakukan supaya pengguna siber lebih peka dengan perkara yang mereka berkongsi. Tapi hasilnya pengguna Malaysia masih malas membaca artikel, periksa perkara sebenar dan suka menggunakan emosi dalam menghukum orang. Hasilnya banyak berita palsu direka sehingga berlaku perkongsian besar yang salah! Anda telah memberi banyak beban pada mereka yang tidak bersalah. Mereka yang perlu menjawab tentang benda yang anda salah kongsi.
Jari lebih tempayan dari mulut
Pantang dengar cerita buruk orang, terus sahaja menaip di status untuk dikemaskini. Lebih memedihkan cerita aib keluarga, rakan baik atau kenalan secara terang diceritakan tanpa usul periksa, Tanpa anda sedar sikap sebegitu boleh menguris perasaan banyak pihak. Lagikan pula bila ada yang komen ‘eh macam tahu kisah siapa ini’, secara tidak langsung sudah beri bayangan tidak elok pada individu yang anda hentam. Sudahlah, matanglah ketika menghadapi ketidakpuasaan hati.
Terlalu emosi dalam media sosial
Memang tidak salah berasa empati terhadap orang yang dalam kesusahan atau kesedihan. Tapi yang menjadi masalah bila anda keterlaluan dalam emosi anda sendiri. Sebagai contoh, baru-baru ini tular illustrasi yang memaparkan kesedihan seorang tunang yang tidak sempat bernikah dengan kekasih yang telah meninggal dunia. Sedarkah anda perkongsian sebegitu yang terbawa-bawa dengan emosi boleh memberi misleading kepada si mangsa. Ini bukan satu sokongan atau motivasi kepada dia tapi memori gelap kerana perkara dalam internet is forever!
Membuli dengan cara mental ini bukan hanya melibatkan kata kesat, perlian tapi juga ketika kita menyalah-erti perkara yang disebutkan. Sebab itu anda disarankan lakukan research, membaca dan berbincang sebelum bertindak. ‘Berfikir sebelum bertindak’.
Tanya diri anda, apa yang anda mahu lakukan demi kebaikan internet dan gunalah butang ‘like, comment, share’ secara berguna. Mat salleh kata ‘don’t jugde book by it’s cover’ tapi bagi penulis judge by it’s Facebook profile.