Asyik layan filem, apa kata kali ini cuba siri televisyen pula.
Dengan kepesatan teknologi, rasanya semua orang miliki akaun Netflix. Pada yang tiada, cuba tonton untuk sebulan dahulu dan kalau dah kemaruk, langgani sahaja RM36 sebulan. Murah okay…
Bukan apa, namakan saja cerita di Netflix – seram, komedi, cinta, dongeng, misteri, perang, semua ada. Anda boleh menonton di mana dan pada bila-bila masa sahaja.
Baca: Hantu Movie? Jom Cabar Diri Tonton Filem Seram dan Thriller Netflix Pilihan Wanista
Kebelakangan ini, banyak filem dan siri TV berunsur seram dan thriller mendapatkan tempat ramai orang. Lebih menggemari siri TV berbanding filem, ini beberapa tajuk yang mencuri perhatian penulis.
Antaranya ialah;
The Chilling Adventures of Sabrina
https://www.youtube.com/watch?v=ybKUX6thF8Q
Merupakan adaptasi kisah “Sabrina the Teenage Witch”, The Chiling Adventure of Sabrina adalah kisah masa gelap antara dunia manusia dan magik. Di usia 16 tahun, Sabrina harus memilih dunia magik yang diwarisi keluarga atau kehidupan manusia biasa bersama kawan-kawan.
The Haunting of Hill House
https://www.youtube.com/watch?v=G9OzG53VwIk
Diangkat dari novel seram judul yang sama tahun 1959 oleh Shirley Jackson mengisahkan keluarga yang tinggal di rumah dan siapa sangka terdapat mahkluk hitam yang menghantui rumah lama tersebut. Mempunyai elemen flashback ke masa lalu dan sekarang untuk memberi penonton scenario kepada setiap peristiwa yang berlaku.
Bates Motel
Favourite penulis! Respect buat Vera Farmiga dan Freddie Highmore kerana lakonan yang cukup hidup, berkesan dan keserasian mereka memang cukup cemerlang sekali. Apabila bapanya meninggal dunia, Norman Bates dan ibunya berpindah jauh dan membuka sebuah motel yang diberi nama Bates Motel. Tetapi keadaan mental Norman yang tidak baik menjadikan hubungan ibu anak ini dilanda badai.
The Sinner
Lakonan cemerlang Jessica Biel melayakkan dia menerima pencalonan Aktres Terbaik di Anugerah Emmy 2018. Apabila sebuah pembunuhan yang mengejutkan berlaku di sebuah bandar kecil, seorang detektif mula memburu jawapan untuk menbongkar anasir jahat yang dilakukan seorang wanita.
Ada yang penulis sedang tonton dan ada yang dah lama tonton. Apa yang nak dikatakan di sini semua siri TV ini memang best, jalan cerita digarap dengan baik di samping setiap para pelakon memberikan lakonan cukup berkesan.