Wanita dan beg tangan memang tidak dapat dipisahkan.
Ke mana sahaja akan dibawanya bersama, itulah tempat untuk mereka meletakkan kunci rumah, dompet, kunci kereta, smartphone, beg mekap, snek ringan dan pelbagai lagi. Gaya mereka jadi tidak lengkap jika tidak membimbit beg tangan, tidak kisahlah yang bersaiz kecil, sederhana mahupun besar.
Kini banyak selebriti mula menjerumuskan diri dalam dunia fesyen. Tidak terhad kepada fesyen hijab, aksesori, pakaian, kini ada yang mula mencungkil bakat terpendam mereka beg tangan. Ada yang kreatif dengan reka cipta mereka, ada juga yang mengikuti trend semasa dan pelbagai.
Antara mereka yang mencuri perhatian penulis ialah;
Jessica Jung
Melalui jenamanya sendiri Blanc & Eclare, bekas ahli kumpulan SNSD, Jessica Jung melahirkan pelbagai item fesyen seperti kaca mata, pakaian, penjagaan wajah dan aksesori. Menampilkan kepingan moden-klasik yang memaparkan siluet bersih dengan butiran ringkas sekaligus mencerminkan gaya pilihan Jessica Jung sendiri.
Tahun ini sahaja, Jessica Jung berjaya melahirkan dua rekaan hasil kerjasama bersama Zalora. Menampilkan beg tangan dengan rekaan kompak serba ringkas lari daripada gaya cliche, ternyata ia mendapat sambutan hangat dan sold out di mana sahaja.
Baca: Zalora Perkenal Tas Tangan Kedua Rekaan Jessica Jung!
Neelofa
Layak ke menggelarkan usahawan muda ini sebagai ikon fesyen Malaysia? Nama Neelofa dan fesyen memang tidak dapat lari, apa sahaja yang dipakainya mendapat perhatian netizen – yang suka, mengata, mengeji, menganjing dan pelbagai lagi, tapi wanita ini langsung tidak mengambil peduli malah kekal cekal. Itu patut dipuji.
Untuk tahun ini juga, Neelofa berjaya melahirkan ‘baby’ dengan mereka tas tangan yang sesuai dengan gayanya sendiri. Even penulis menggemari Lofarbag Mini yang direka Neelofa, tampak praktikal dan ada kelas.
Baca: Cantiknya! Neelofa Tunjuk Dua Cara Gayakan Lofarbag Mini Baharu
Rozita Che Wan
From head to toe dari rona yang sama. Kalau hijau zamrud maka tas tangan Hermes Birkin atau Lady Dior juga dari rona sama. Korang mampu?
Baru-baru ini Che Ta melahirkan tas tangan ZapatoS secara meluas di platform media sosialnya. Melihat pada marketing, tas tangan yang merupakan rekaan Che Ta sendiri boleh dipakai di mana sahaja, bersaiz sederhana jadi boleh diisi pelbagai barang. Bukan itu sahaja, ZapatoS sangat laris bak pisang goreng. Hebat!
https://www.instagram.com/p/Bq4XXkngE2d/
Model Irene Kim
Nama Irene Kim, seorang model dan fashion influencer dari Korea Selatan dalam dunia fesyen memang tidak perlu diperkenalkan lagi. Cakap sahaja rumah fesyen mewah, pasti ada mukanya sekali.
Baca: Wanita Fotogenik Ini ‘Fesyenista’ Paling Sensasi Abad Ini!
Mempunyai jenama sendiri ireneisgood.com, setiap rekaan Irene menampilkan helaian terkini sesuai dengan trend semasa – aksesori, hoodies, topi, beg tangan, set pajama serta banyak lagi. Penulis tertarik dengan koleksi Irene kerana ia sangat comel, segar, funky dan penuh warna-warni.
Ain Edruce
Muka baru dalam dunia lakonan tempatan, tapi tidak di industri fesyen tempatan. Ain Edruce sering dilihat menghiasi kerusi di setiap pelancaran dan pertunjukan label tempatan. #SokonglahBarangTempatan
Siapa sangka Ain juga menjerumuskan diri dalam dunia fesyen menerusi rekaan beg tangan. Ya, Ain telah mereka beberapa seleksi pouch bag sesuai untuk para remaja yang mengikuti trend. Rekaannya ringkas dan boleh dibawa ketika travel.
Antara semua di atas, korang paling suka design beg tangan yang mana? Kongsikan dengan kami.