Murah… Murah… Murah..
Cuba bayangkan pakaian yang anda beli di Zara, Topshop, H&M boleh dapat harga lagi murah dengan kualiti yang sama atau lebih di tempat lain. Terujakan? Bahkan anda boleh shopping sakan dengan wang syiling juga…
Ya, teramatlah murah. Penulis serius kerana ini mengikut pengalaman sendiri bila melancong ke beberapa negara berikut.
Australia – Kmart
Siapa pernah ke Australia, pasti tahu betapa murahnya setiap barang yang dijual di Kmart Supermarket. Bayangkan baju kanak-kanak yang cantik dengan fabrik berkualiti boleh dapat semurah 1 hingga 2 AUD, tak munasabah murahnya kan…
Kmart Australia merupakan peruncit yang menawarkan pelbagai kelengkapan rumah, pakaian, alat tulis, aksesori, permainan bahkan pelbagai makanan ringan dengan harga yang paling murah dan berbaloi. Paling syok apabila tibanya musim perayaan seperti Krismas, memang harga tak tercapai dek akal.
Jepun – 100-Yen Shop
Bayangkan anda berbelanja sakan dan boleh bayar dengan wang syiling. OMG heaven!
Menawarkan pelbagai barangan dari pakaian ke alat tulis, makanan, serta kelengkapan rumah dan setiap item berharga 100 yen sahaja. Harga ini dianggap menarik kepada pengguna Jepun malah pelancong asing kerana ia boleh dibayar dengan wang syiling 100 yen.
United Kingdom – Primark
Zara vs Primark, yang mana anda pilih? Baju dengan rekaan dan fabrik yang sama tetapi harga berbeza.
Sama sahaja seperti Kmart Australia, Primark juga merupakan peruncit yang menawarkan barang kelengkapan rumah sehingga ke penjagaan diri, makanan dan pelbagai lagi dengan harga paling murah. Anda jadi rambang mata bila membeli belah di sana kerana harga yang ditawarkan memang ‘gila’ murah.
Korea – Namdaemun Market
Tak lengkap rasanya percutian anda kalau tak merasa street-food Korea. Kebanyakan makanan yang dijual teramatlah lazat dan mengiurkan. Sebagai contoh, bila terasa dahaga isi tekak dengan jus buah segar 2,000 won, atau memuaskan nafsu lapar dengan topokki atau oden semurah 4,000 won.
Namdaemun Market juga mempunyai peruncit yang menawarkan pakaian untuk semua peringkat umur dengan harga yang sangat rendah. Semuanya bermula 3,000 won dan anda boleh mencari sesuatu untuk semua orang dalam keluarga tanpa perlu berbelanja besar.
Sri Lanka – Pettah Market
Negara cukup unik dan eksotik pada mata penulis.
Pettah Colombo 11, merupakan salah satu daerah tertua Colombo dan berjalan di kawasan ini adalah satu pengembaraan yang penuh dengan bunyi, bau, malah ribuan manusia. Selain miliki banyak gerai, kedai dan pasar menawarkan harga murah, anda juga boleh melihat beberapa bangunan bersejarah seperti masjid dan gereja. Di sini penting untuk tawar-menawar kerana mereka boleh mark-up harga yang adakalanya melampau.
Katanya kalau di negara Eropah, anda boleh dapatkan kelengkapan rumah sehinggalah ke penjagaan diri paling murah di pasaraya Aldi.
Cuba buat kajian dahulu sebelum nak berbelanja. Dan lagi satu tak perlulah setiap kali nak beli barang asyik convert dengan mata wang kita. Enjoy sahaja.
Selamat Bercuti!