Orang kata wanita kalau mengandungi miliki seri yang berbeza daripada biasa.
Tidak terkecuali Duchess of Sussex, Meghan Markle yang membuat kejutan menghadiri British Fashion Awards sekaligus menjadi tumpuan lensa jurugambar malah penggemar fesyen.
Tampil dalam sepersalinan dress rona hitam dari fabrik baldu, Meghan tampak selesa dan comel dengan baby bump yang sudah kelihatan. Rambut pula didandan kemas dibuat sanggul kecil dengan solekan nipis, menjadikan Meghan cukup menawan sekaligus membuatkan mata kita tidak berganjak darinya.
Meghan membuat penampilan mengejut atas alasan mahu memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada pereka gaun kahwinnya, Clare Waight Keller, yang merupakan pengarah seni Givenchy sebagai British Womenswear Designer of the Year.
Gaun kahwin meleret putih suci yang dipakai Meghan Markle pada perkahwinannya dengan Putera Harry tanggal 19 Mei 2018 telah direka oleh perken fesyen British Clare Waight Keller, pengarah seni rumah fesyen Givenchy.
Due date Meghan Markle dan Putera Harry dilaporkan sekitar bulan April tahun hadapan.