Sekejap rose gold, minggu depan blonde, bulan akan datang tukar ke burgundy. Kita yang melihat terasa cemburu tapi perasaan takut menguasai diri, apa tidaknya kalau diwarna atau bleach berulang kali mahu rosak rambut. Tapi kenapa rambut Kylie Jenner masih sihat sempurna? Hurmmmm….
Kalau kamu teringin nak mewarnakan rambut tapi takut… jangan risau sebab produk baru dari Aprilskin boleh bantu!
Bagi membantu kamu mendapatkan warna rambut yang diingini, Aprilskin telah melancarkan Aprilskin’s Turn Up Color Treatment Value Pack yang terdiri daripada Turn Up Bleach – direka untuk membantu memudarkan warna rambut anda sebelum pewarnaan dan mengelakkan kerosakan rambut, serta Turn Up Color Treatment – pewarna rambut sementara yang turut berfungsi sebagai rawatan rambut bagi memberikan tekstur rambut yang lembut lagi licin.
Turn Up Bleach
Dirumuskan dengan bahan-bahan utama seperti Hydrolyzed Keratin (Keratin Terhidrolisis) dan Silk (Sutera) untuk menguatkan rambut, Turn-Up Bleach Aprilskin juga mengandungi Minyak Jojoba yang dapat membantu menghidratkan rambut kering dan rosak.
Turn Up Color Treatment
Dirumuskan dengan bahan-bahan utama seperti ekstrak Rosemary yang dapat membantu merangsang pertumbuhan rambut, ekstrak Lavender yang dapat membantu mengelakkan kehilangan rambut, ekstrak Sage yang dapat meningkatkan peredaran darah dalam kulit kepala, serta minyak benih Jojoba yang dapat menghidratkan rambut.
Aprilskin Turn-Up Color Treatment Value Pack yang didatangkan dua rona warna, purple (ungu) dan peach pink (merah jambu) kini boleh didapati di Guardian Suria KLCC, Sunway Pyramid, Aeon Mall Shah Alam, 1 Utama Shopping Centre, Mid Valley Mega Mall, serta kedai-kedai Guardian terpilih di seluruh negara.
Sekarang kamu boleh mewarna dan merawat rambut… Mudahkan!