Dijual pada harga serendah RM239, siapa sangka Lofarbag Mini ini rupanya diminati ramai biarpun saiznya agak genit.
Rekaan beg dari jenama Sometime by Asian Designers ini tetap menjadi perhatian lebih-lebih lagi apabila koleksi Lofarbag Mini baharu ini telah mendapat sentuhan peribadi dari sang ikon fesyen pujaan ramai, Neelofa.
Menurut Zalora selaku pengedar sah Sometime by Asian Designers, terdahulu Lofarbag habis dijual sebaik tempahan dibuka menerusi jualan atas taliannya. Ini bermakna, beg tersebut berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan dari dalam kalangan wanita tempatan.
Ditawarkan dalam 10 warna pilihan, Lofarbag Mini memiliki dua ruangan simpanan berzip berasingan dimana, bahagian sebelahnya boleh memuatkan telefon pintar, kunci dan beberapa peralatan mekap. Manakala, ruang simpanan yang satu lagi pula siap dilengkapi 7 slot untuk menyimpan kad memudahkan pengguna untuk tidak perlu membawa dompet kemana-mana.
Secara kesuluruhannya, Lofarbag Mini yang merupakan beg bertali ini adalah sangat versatile untuk digayakan ke acara formal mahupun kasual.
Neelofa juga sempat menunjukan dua cara lazim bagaimana dia sering menggayakan Lofarbag Mini merah kegemarannya:-
#1 Sangkutkan Pada Bahu Untuk Gaya Santai
#2 Gayakan Seperti Clutch Untuk Ke Acara Formal
Untuk bergaya sakan dengan beg rekaan Neelofa oleh Sometime by Asian Designer, sila klik [www.zalora.com.my] atau lawat laman sesawang Sometime by Asian Designer [DI SINI]. Sementara stok masih ada!