Pagi semalam bertempat di North Court, Mid Valley Megamall, jenama terulung kosmetik dan produk penjagaan kulit dari Korea, Mamonde, tampil melancarkan lima jenis toner yang sudah diperbaharui formulasinya bahkan setiap satunya diserikan dengan ekstrak botanikal asli yang diimport untuk menjanjikan hasil kulit yang lebih menawan.
Istimewa buat para wanita di Malaysia, keadaan cuaca di negara yang tidak menentu membuatkan kulit terlalu mudah rosak dan terjejas dari segi kompleksi, tekstur dan kesihatannya, justeru penggunaan toner sebaik selepas mencuci adalah sangat penting untuk menutup kembali liang roma yang sudah terbuka sekaligus mengunci kelembapan optimum hingga ke lapisan paling dalam pada kulit wajah.
Tonton Video Pengenalan The Flower Toner Series oleh Mamonde
Apa yang lebih menarik, pengguna kini boleh memilih jenis toner terbaik dari rangkaian The Flower Toner Series oleh Mamonde mengikut masalah dan kesesuaian kulit. Ini pasti lebih berkesan untuk mengawal kerosakan serta membaik pulih keadaan kulit yang sudah terjejas!
“Choose Your Skin Type, Choose Your Flower”
Memanfaatkan tagline berbunyi “Pilih Jenis Kulit Kamu, Pilih Bunga Kamu” sekaligus emmbuka peluang pengguna untuk memakai produk penjagaan kulit yang tepat dengan jenis dan masalah kulit secara individu. Selain memudahkan setiap satu bahan aktif yang disunting dari lima jenis sumber bungaan terpilih ini memang direka khas untuk pengguna memahami apa yang diperlukan kulit mereka.
Terdapat dalam pilihan Flower Honey Toner, Chamomile Pure Toner, Rose Water Toner, Aqua Peel Toner dan Pore Clean Toner, masing-masing memiliki fungsi tersendiri seperti menegang dan menyalurkan nutrisi buat kulit, merawat dan melembab kulit, menghakis sel kulit mati, mengawal minyak wajah serta menenangkan keadaan kulit.
7 Cara Guna Toner Air Mawar (Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit)
1. Guna seperti toner biasa
2. Tuangkan dalam botol semburan kosong untuk dijadikan face mist!
3. Campurkan beberapa titis toner dengan makeup remover pilihan untuk menanggalkan solekan dengan lebih mudah tanpa membuatkan kulit wajah kering terjejas.
4. Tuang atas 3 hingga 4 keping kapas. Kemudian, tekap kapas yang sudah dilembabkan dengan toner air mawar tersebut pada bahagian dahi, kedua belah pipi dan dagu. Biar kapas tersebut melekat pada permukaan kulit selama 10 minit sebelum menanggalakannya.
5. Kalau guna span mekap, gantikan air dengan membasahkan span menggunakan toner ini. Hasilnya mekap jadi cantik dna kulit terlihat lembab.
6. Campurkan beberapa titis toner dengan 1 sudu serbuk teh hijau untuk dijadikan masker wajah.
7. Tuang beberapa titis toner pada tapak tangan sebelum menepuk-nepuk ia pada wajah hingga meresap. Ulang langkah ini sebanyak 7 kali nescaya, kelembapan kulit terbukti meningkat dan kulit jadi lebih berseri.
Boleh dapatkan rangkaian The Flower Toner Series di semua kaunter Mamonde seluruh Malaysia pada harga RM85 – RM119 setiap satu. [www.facebook.com/Mamonde.MY]