Kejamnya, BlackPink Lisa Terima Ugutan Bunuh Dari Anti-Peminat

Kenapa ada individu yang sesuka hati membuat ugutan bunuh terhadap seseorang, lebih-lebih lagi pada selebriti. Apa salah selebriti tersebut pada mereka?

IKLAN

Tular apabila BlackPink Lisa telah disasarkan dengan ancaman kematian dari anti-peminat dan keadaan ini membuatkan Blink di seluruh dunia cuba mendapatkan perhatian YG Entertainment untuk memastikan keselamatan Lisa diperketatkan.

Satu akaun Instagram @stupid.lisa.pr membuat ancaman mahu menikam atau menembak Lisa dalam keterangannya di bio. Terdapat juga satu gambar senjata yang dikongsikan. Kini, akaun tersebut telah dipadamkan. 

Foto – Twitter

Walaubagaimanapun, pemilik yang menggunakan akaun lain menyebut bahawa walaupun akaunnya sendiri telah dihapuskan, itu tidak akan menghalangnya daripada menjalankan ancaman terhadap BlackPink.

Foto – Twitter

Berikutan keadaan ini, Blink (nama fandom BlackPink) berharap YG Entertainment berwaspada dengan ancaman ini dan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memastikan bukan sahaja Lisa, tetapi keseluruhan keselamatan BlackPink pada masa akan datang.

YG Entertainment mungkin sudah mula memberitahu pihak yang terlibat, di mana pengurus BlackPink, Jung Bo Kyung berkongsi gambar dirinya membuat finger heart, diambil oleh Lisa dengan hashtag #weprotectyou.

Apa motif individu sebegini sampai menggugut mahu membunuh orang? Apa salah mereka ye? Diharap keselamatan dapat diperketatkan supaya tidak berlaku kes penumpahan darah, sebagai contoh apa yang terjadi di konsert Ariana Grande sebelum ini.

RUJUKAN

ancaman kematian blackpink lisablackpink lisa diugut bunuhdeath threat blackpink lisakonsert blackpinkmember blackpink lisaugutan bunuh blackpink lisa
Recommended