Lagi halus, halus cantik! Aksesori dan wanita memang tidak dapat dipisahkan.
Jika kamu sukakan gaya yang ringkas pastinya kamu tidak suka menggayakan pilihan aksesori sarat dengan hiasan batu permata mahupun perincian berlebihan. Cukup sekadar seutas gelang tangan halus dan cincin bentuk geometri… itulah yang cuba diketangahkan jenama barang kemas keluaran dua orang anak jati Malaysia iaitu Foo Chia Chern dan Amira Yahaya.
Berkembang dengan nama The Straits Finery, kedua sahabat baik ini sememangnya dilahirkan untuk mencipta pembaharuan dalam kalangan wanita. Melihatkan ramai individu moden hari yang memilih untuk bergaya secara minimal, ia sekaligus menarik perhatian The Straits Finery untuk tawar aksesori berkualiti -direka mengikut cita rasa artistik yang tidak lagi tertumpu kepada butiran permata mahupun elemen sarat seperti aksesori tradisional.
Selebriti ternama seperti Gigi Hadid, Vanessa Hudgens dan Miranda Kerr, mereka sering dilihat keluar sambil dihiasi aksesori halus yang lebih dikenali sebagai “Dainty Accessories”. Meskipun ringkas, setiap satu utas rantai, gelang dan cincin yang dipakai itu memberi karakter mewah lebih-lebih lagi apabila ia disarungkan secara berlapis menggunakan teknik “layering”.
#1 Mudah Disuai Padan
Aksesori halus begini kalau dipakai berulang kali pun orang tidak akan perasan kerana kamu boleh suai padankan ia dengan bermacam jenis aksesori lain menggunakan teknik “layering”.
#2 Cantik Untuk Ke Acara Formal Mahupun Kasual
Kerana reka bentuknya yang halus dan genit, ia kelihatan sangat versatil dan boleh digayakan hampir ke semua acara tau! Jadi memang berbaloi beli dan simpan sebagai koleksi.
#3 Boleh Dipakai Harian
Boleh dipakai hari-hari kerana gayanya yang minimalis. Buat kamu nampak manis without trying to hard.
Koleksi ilham Rosie The Riveter oleh The Straits Finery akan dipasarkan secara berperingkat bermula 30 Julai ini dan boleh dibeli menerusi atas talian [www.thestraitsfinery.com] dan kafe Snackfood yang berlokasi di Bangsar.