Zaman berganti zaman, tiba sudah 2018 yang dinanti-nanti kerana ramai beranggapan tahun ini adalah tahun yang bisa memberi 1001 nasib yang baik.
Seiring dengan perkembangan teknologi, fesyen juga berubah mengikut arus permodenan akan tetapi tidak mustahil jika gaya fesyen lama dihidupkan kembali menerusi seleksi rekaan baharu -disisip dengan elemen klasik yang pernah popular suatu ketika dahulu.
Jika lengan gelembung (puffy sleeves) adalah antara potongan lengan yang boleh dilihat merata ketika ini, bagaimana pula dengan trend semasa penggayaan seluar?
Jom Wanita kongsikan trend seluar 2018 yang lebih feminin dan sopan. Goodbye jeans dan hello kepada seluar longgar, bertekstur & berwarna!
#1 Straight Cut
Bebas digayakan dalam pelbagai cara dan bisa dipadan cantik dengan almost everything! Seluar berpotongan lurus sebegini menjadi pilihan ramai fashionista.
Sedikit tips! Untuk mengelakkan ia kelihatan hambar, boleh pilih seluar berpotongan lurus dalam kalangan jenis bercorak mahupun berperincian.
#2 Pegged/Tapered Pants
Perempuan sebenarnya akan nampak lebih seksi bila memakai pakaian lelaki.
Boleh cuba pakai tapered atau pegged pants yang mempunyai potongan pinggul lebar namun kecil di bahagian betis hingga ke pergelangan kaki sebegini. Untuk nampakkan kelainan, boleh lipat penghujung seluar untuk gaya edgy!
#3 Track Pants
Sempoi tapi menarik!
Trend seluar paling hangat diperkatakan kini adalah seluar sukan yang memiliki jalur dibahagian sisi untuk gaya fesyen atletik. Untuk membawakan watak unik, boleh pakai seluar track yang berwarna.
#4 Corduroy Pants
Materialnya terasa seperti baldu, seluar corduroy mempunyai tekstur pada permukaannya berbentuk jalur-jalur timbul.
Boleh dipakai dengan kemeja, blaus mahupun baju-T, seluar ini mampu mencipta aura energi yang sungguh mempersona. Anda pasti akan kelihatan 2x ganda lebih gah!
#5 Wide Leg Trousers
Baik labuh atau singkat sekalipun, potongan seluar yang berkaki lebar begini serta -merta akan menyingkap jiwa elegen santai seseorang.
Sopan dan nampak berkelas, si pemakai juga akan berasa selesa biarpun perlu memakai seluar ini sepanjang hari kerana potongannya yang tidak melekap pada kaki.
#6 Bercorak
Antara corak yang menjadi perhatian tahun ini adalah corak berjalur.
Selain kelihatan ranggi, sudah tentu corak jalur menegak sebegini akan memberi ilusi kaki yang lebih panjang dan lampai buat si pemakai.
#8 Tali Pinggang
Jika pakai seluar berpotongan longar sahaja mungkin nampak bosan. Boleh serlahkan bentuk pinggul dan pinggang untuk kelihatan lebih feminin dengan lilitan tali pinggang.
Tali pinggang tak semestinya dikancing… boleh juga ikat secara bersahaja. Kalau hendak jadikan lebihan kain sebagai tali pinggang pun kreatif juga tau!
Selamat beramal! ❤