Tinggal lebih kurang sebulan lagi untuk masyarakat Cina untuk menyambut Tahun Baru Cina. Sama seperti perayaan lain, ia akan disambut dengan penuh kegembiraan bersama keluarga, sahabat dan insan tersayang.
Pastinya tahun baru ini semuanya mengharap mendapat aura baru yang lebih positif, kemakmuran dan penuh dengan kejayaan diikuti dengan kekayaan.
Bagi anda yang inginkan meraikan bersama-sama rakan atau keluarga dari bangsa Cina tapi risau untuk mendapatkan hidangan halal di restoran Cina? Wanista buat pertama kalinya mencuba hidangan makan malam Tahun Baru di Hotel Hilton yang disediakan oleh Chef Eksekutif, Lam Hock Hin dan ianya 100% dijamin HALAL.
#1 Savoury Roasted Duck Yee Sang with Special Satay Sauce
Lain dari yang lain! Kebiasaanya yee sang akan disaluti dengan sos manis plum tapi sedikit kelainan yang dibuat Chef iaitu menggunakan kuah kacang satay. Cukup manis, cukup ranggup dan terasa juga sedikit pedas dari kuah kacang. Kanak-kanak boleh jer makan dan penulis sajian ini paling mereka akan gemari!
#2 Braised Fin Soup with Dried Scallops, Top Shells and Sea Moss
Ingin terasa kemewahan menghirup sup sirip ikan jerung? Cubalah disini, setiap hirisan sirip sangat halus dan anda masih lagi dapat terasa kekenyalan isi sirip, kerang dan rumpai laut. Tidak terlalu masin dan mengandungi bahan makanan laut yang menyihatkan.
#3 Hakka Style Poached Free-Range Chicken
Ianya sama seperti hidangan ayam kukus yang lain tapi ia diadun dengan bahan perapan kicap. Hakka style? Ayam kukus dicicah dengan halia yang ditumbuk. Kalau anda dah biasa makan ayam dengan sos cili pasti teruja dengan kelainan ini dan paling penting ia sangat sedap! Pedas halia lebih ringan tapi masih buat bibir terasa hangat.
#4 Steamed Grouper Chunks with Quail Eggs, Fungus and Golden Lily Mushrooms
Buat pertama kalinya penulis rasa kagum dengan gabungan ikan kerapu kukus dan telur puyuh! Rasanya tidak jauh beza dengan hidangan ayam kukus sebelum ini. Apa yang boleh sandarkan disini ialah, bahan yang digunakan dalam masakan Hotel Hilton sememangnya 5 bintang. Ikan kukus, telur puyuh dan cendawan enoki sempurna!
#5 Golden Prawns with Oat Grains and Salted Egg Yolk
Paling dinantikan! Udang yang digoreng sempurna dengan telur masin, saiz udang pula sangat memuaskan. Tak cukup rasanya hanya ambil satu udang tapi melihatkan saiz yang besar, satu sudah memadai. Salutan telur masin yang rangup dan terasa kemanisan udang.
#6 Braised Ban Gluten with Mushrooms, Smoked Duck, Sea Cucumber, Pumpkin and Broccoli in Abalone Sauce
Secara peribadi penulis tidak makan daging itik tapi itu tak membuatkan tak boleh menikmati hidangan ini. Anda yang sama seperti penulis boleh nikmati sayuran yang dimasak bersama kuah abalone, brokoli, cendawan dan labu.
#7 Ginger and Sesame Oil Fried Rice with Prawns, Chicken and Mushrooms
Dalam budaya China, hidangan nasi akan disediakan pada akhir sekali. Nasi goreng halia tidak asing seperti nasi goreng lain. Cukup bahan seperti udang, ayam, cendawan dan rasa.
#8 Golden Sea Coral Weed served with Deep Fried Honey Pumpkin Cake
Pencuci mulut ini merupakan favourite penulis! Manisan segar dan sejuk memang terasa lega apabila dihirup, diisi pula dengan limau yang manis. Tak terlalu manis dan cukup menyegarkan kembali mata yang mengantuk akibat kekenyangan. Hehehe. Kuih labu yang digoreng pula sangat lembut, kenyal didalam dan rangup diluar. Presentation pencuci mulut lebih ekstra dari hidangan utama.
Tengah anda tunggu makan malam disediakan, jangan lupa buat boomerang dengan acara hidangan minum selamat datang yang unik asal China!
Harga dan Info Set Makan Malam Ambang Tahun Baru Cina
- Set menu dari harga RM238/seorang
- Diskaun 10% pada pemegang kad Hilton Premium Club Members, CIMB, HSBC, Citibank & UOB Bank Credit Cardholders. Tambahan lagi diskaun 15% kepada Hilton Premium Club Members apabila pembayaran penuh sebelum 10 Februari 2018.
Buat anda yang mempunyai bajet lebih dan teringin terasa sumber makanan yang mewah. Bolehlah mencuba di Hotel Hilton Kuala Lumpur. Penulis beri 3.5/5 ? untuk seleksi menu yang tampil.
Untuk melihat lagi menu-menu lain Makan Malam Tahun Baru Cina di Hotel Hilton Kuala Lumpur, hubungi 03-2264 2262 atau layari life.hiltonkl.com.