5 Perkara Yang Boleh Buat Anda Bertambah “Hot” Menurut Sains

Apa yang membuatkan seseorang itu bertambah ‘hot’ mahupun menarik? Adakah kerana keyakinan yang dimiliki? Gaya berjalan? Personaliti ceria? Sorry, bukan itu semua. Dan kajian sains menunjukkan sebaliknya.

IKLAN

Dalam diam, apa yang anda pakai atau guna seperti aksesori, produk kecantikan malah warna boleh membuatkan anda bertambah hot menurut kajian pakar.

Kaca mata hitam

Foto – Getty

Menurut sebuah kajian oleh Vanessa Brown, pensyarah kanan seni dan reka bentuk di Nottingham Trent University, mendapati bahawa memakai kaca mata akan membuatkan anda serta-merta nampak lebih menarik kepada individu yang berlainan jantina. Selain daripada fakta bahawa ia menambah sedikit elemen misteri dan juga menambah daya tarikan seksual anda, cermin mata hitam membuat penampilan wajah anda menjadi lebih simetri. Dan menurut kajian sebelum ini, individu yang memiliki bentuk wajah simetri kelihatan lebih menarik pada pandangan mata orang lain.

Walaubagaimanapun, kami nasihatkan pakai aksesori ini untuk kegunaan luar sahaja, okay? (Maksud kami tak perlulah pakai dalam shopping mall dan juga sehingga waktu malam).

Minyak wangi

Foto – Groupon

Penyelidikan daripada Monell Chemical Sense Center mendapati bahawa wajah wanita dinilai menjadi lebih menarik apabila mereka ‘dihakimi’ dengan kehadiran bau yang menyenangkan. Namun, tak perlulah anda membawa botol minyak anda sepanjang masa, cukup dengan jadikan semburan minyak wangi sebagai rutin pagi anda.

Para penyelidik juga mengatakan bahawa memakai minyak wangi tidak akan membuatkan seseorang kelihatan lebih muda mahupun cantik. Ini merupakan daya tarikan yang lebih kepada proses emosi, manakala penilaian seseorang tentang umur mereka lebih berasaskan kepada rasional.

Bibir merah

Foto – abcnews.go.com

Satu kajian dari Universiti Manchester mendapati bibir wanita adalah bahagian badan wanita yang paling menarik – terutamanya apabila wanita tersebut memakai gincu merah. Menurut kajian, penyelidik menyatakan bahawa dalam masa 10 saat seorang lelaki akan perasan bahagian bibir seorang wanita dahulu, dan menghabiskan lebih daripada separuh masa mereka melihat ke bahagian tersebut malah jika wanita tersebut memakai gincu, seorang lelaki akan sukar melepaskan pandangan mereka daripada bahagian tersebut. Lelaki juga lebih cenderung untuk merenung bibir yang dioles gincu merah (7.3 saat) lebih lama berbanding merah jambu (6.7 saat).

Gigi putih

Foto – ABC News

Satu kajian dari universiti  Leeds dan Central Lancashire mendapati sepasang gigi yang putih dan tersusun cantik tidak hanya membuat anda lebih menarik, malah akan membuka peluang untuk mencari pasangan seumur hidup anda. Menurut kajian, gigi manusia adalah ‘bersamaan ekor merak’ yang merupakan ‘tanda kesihatan dan kualiti genetik direka untuk membantu memilih pasangan.’

Mereka juga mendapati bahawa lelaki dan wanita mengambil berat tentang kuliti gigi putih dengan alasan yang berbeza – lelaki berfikir tentang tarikan manakala wanita pula lebih bersaing antara satu sama lain. Betul ke ni?

IKLAN

Warna merah

Foto – The New York Times

Satu kajian yang dikeluarkan oleh University of Rochester, lelaki diakui lebih berminat dengan wanita yang memakai warna merah daripada wanita yang memakai warna biru dan sebagainya. Ini adalah kerana merah adalah tanda pengujaan seksual, kuasa dan status. Jadi bolehlah anda memperbanyakkan koleksi pakaian berwarna merah anda selepas ini.

Lepas ni bolehlah kerap pakai gincu merah… 

RUJUKAN

5 fakta nampak menarik5 perkara nampak menarikcara nampak hot menurut sainsfakta saintifikkajian saintifiktips nampak hottips nampak menarik
Recommended