Bercukur adalah cara paling mudah untuk menghilangkan bulu daripada wanita, namun jika salah caranya, bercukur boleh menyebabkan luka dan ruam.
Berikut adalah antara 10 kesilapan yang anda mungkin lakukan ketika bercukur.
Bercukur dengan tekanan yang kuat
Anda selalu terlupa bahawa mata pisau cukur yang baru selalunya lebih tajam berbanding dengan yang sudah digunakan. Jadi hati-hati ketika bercukur dan jangan menekan mata pisau cukur dengan kuat terutama pada bahagian lutut dan buku lali untuk mengelakkan luka.
Tidak menukar pisau cukur apabila sudah tiba masanya
Apabila mata pisau cukur sudah kelihatan kusam, itu bermakna anda perlu menukarnya kepada pisau cukur yang baru. Pisau cukur yang telah digunakan terlalu lama akan menjadi tumpul dan menyebarkan bakteria. Secara kasar, gunakan satu pisau cukur dalam sepuluh kali gunaan sahaja.
Berkongsi pencukur
Pencukur adalah alat yang tidak sesuai dikongsi atas faktor kebersihan, terutama jika ia digunakan untuk mencukur bahagian sulit anda ataupun telah menyebabkan luka sebelum itu. Seperkara lagi, harus diingat bahawa fungsi setiap pencukur mungkin berbeza. Misalnya pencukur yang digunakan lelaki untuk mencukur muka mereka mempunyai rekaan ergonomik yang berbeza dan boleh melukakan kaki anda.
Bercukur sebelum mandi
Bercukur selepas mandi adalah lebh baik kerana selepas mandi bulu roma akan menjadi lebih lembut dan folikel kulit anda yang terbuka juga akan memudahkan cukuran.
Tidak melakukan eksfoliasi kulit
Eksfoliasi kulit yang kerap akan membuatkan bulu roma tumbuh kembali lebih baik dan tidak kasar . Jadi lakukan eksfoliasi kulit seminggu atau dua kali seminggu.
Bercukur kering secara tergesa-gesa
Bercukur tanpa menggunakan krim pencukur sebagai pelincir akan membawa kepada ruam kulit.
Gunakan sabun
Namun jangan pula gunakan sabun sebagai pelincir kerana sabun ia tidak cukup melincir malah akan menyumbat mata pencukur anda.Jika anda kehabisan krim pencukur anda,, gunakan kondisioner rambut sebagai alternatif.
Tidak membersihkan mata pencukur
Setelah beberapa cukuran , bersihkan mata pencukur menggunakan air suam supaya ia tidak tersumbat.
Bercukur menggunakan pencukur elekrik
Mata pencukur biasa akan mencukur secara lebih dekat dengan kulit berbanding pencukur elektronik. Jadi bulu roma anda akan tumbuh semula dengan lebih lambat. Cukuran pencukur elektrik yang memutar juga akan menyebabkan bulu roma tumbuh semula secara kasar.
Terlebih cukur bahagian bawah lengan anda
Kebanyakan wanita suka mencukur bahagian bawah lengan secara purata sebanyak 10 cukuran. Ini boleh menyebabkan kulit kering dan menjadi sakit, jadi hanya mencukur semasa perlu sahaja.
Semoga info ini memberi manfaat kepada korang….