Sudah menjadi lumrah bagi kebanyakann ibu moden mahukan anak-anak terutamanya bayi mereka menikmati hidangan yang dimasak sendiri. Makanan yang dimaksudkan adalah puri hasil gabungan bahan makanan harian seperti beras, daging ayam, ikan serta sayur-sayuran yang kemudian dikisar sebati agar mudah si kecil menelan dan menghadamnya.
Selain dapat memvariasikan hidangan bayi yang tidak hanya tertumpu pada nestum semata-mata, ia juga boleh dibekukan dan disimpan lama. Jadi mudahlah bagi ibu-ibu yang sibuk bekerja kat luar sana tu. Jom Wanista kongsikan lima resepi mudah cara membuat puri istimewa untuk bayi tersayang!
#1 Resepi Puri Pisang, Peach & Strawberi
Bahan:
- 1 Biji Pisang
- 2 Biji Strawberi
- 1 Biji Peach
Cara:
1. Pastikan kesemua buah-buahkan ranum, basuh dan potong kecil.
2. Panaskan periuk kemudian masukan kesemua buah-buahan tadi.
3. Masak selama dua minit sebelum alihkan kesemua campuran itu dalam pengisar dan kisar hingga lumat.
#2 Puri Nasi Lobak Dengan Ikan Bilis Ala Hanis Zalikha
Bahan:
- 1 Cawan Nasi (dimasak lembik)
- Sup kosong
- Ikan Bilis (digoreng lembut guna minyak zaitun)
- Lobak (rebus)
- Brokoli (rebus)
Cara:
1. Boleh renih lobak dalm sup kosong yang hanya ditrumis dengan bawang.
2. Kisar semua sekali sehingga lumat.
3. Jangan lupa masukan garam sedikit dalam sup sebagai perisa!
#3 Puri Brokoli
Bahan:
- Beberapa putik brokoli segar
Cara:
1. Stim brokoli sehingga lembut. Jangan terlalu lama supaya zatnya tidak hilang.
2. Masukkan brokoli yang sudah lembut ke dalam pengisar bersama sedikit air kemudian kisar hingg alumat.
#4 Puri Mangga & Epal
Bahan:
- 100gm Mangga manis yang sudah masak
- 2 biji epal (potong kecil)
Cara:
1. Basuh bersih kemudian kupas mangga dan buah epal.
2. Potong kecil-kecil buah epal agar senang untuk dikisar.
3. Masukkan kesemua buah-buahan dalam periuk kukus dan stim sebentar sekitar 3 hingga 5 minit.
4. Pindahkan buah-buahan tersebut dalam pengisar dan kisar halus.
#5 Kentang Lenyek Ala KFC
Bahan:
- Kentang
- Susu Segar
- Secubit lada hitam
- Secubit garam
Cara:
1. Bersihkan dan kupas kentang.
2. Rebus kentang hingga empuk kemudian lenyek hingga lumat.
3. Campurkan susu segar dan gaul bersama kentang hingga konsistensi kentang lenyek itu lembut.
4. Taburkan secubit garam dan lada hitam sebagai perasa.
5. Pastikan rasa lada hitam tidak berlebihan, takut pedas.
Ingat, makanan puri sebegini hanya sesuai untuk bayi yang berumur enam bulan dan ke atas sahaja tau!
Selamat mencuba! ❤️