Siapa sini yang menggemari mandian susu? Jika begitu, anda mempunyai persamaan dengan Cleopatra, Elizabeth 1 (England) dan Elisabeth (Bavaria). Tahukah anda mereka menggemari mandian susu kerana kepelbagaian kandungan yang mencantikkan kulit.
Bahkan Song Joong Ki mendedahkan bahawa dia mencuci wajah dengan susu setiap malam sebagai sebahagian daripada rutin hariannya. Keputusan? Kulit wajah lebih putih bersih bak porselin.
Baca: Patutlah Bersih! Ini Rupanya Rahsia Selebriti Lelaki Korea Jaga Muka
Salah seorang ahli kumpulan K-Pop Secret, Sunhwa mencipta topeng wajah dengan mencampurkan serbuk kacang dengan susu untuk membuatkan kulit wajah lebih glowing dan putih salju.
Model Irene Kim telah bereksperimen dengan susu, madu dan beberapa titik lemon sebagai penyegar tatkala melancong ke luar negara.
Susu mengandungi kalsium, vitamin, protein, serta berfungsi mencegah osteoporosis, tidak hairanlah jika susu sudah jadi sebahagian dari pola makan dan gaya hidup seharian. Selain pelbagai manfaatnya bagi kesihatan tubuh, manfaat susu untuk kecantikan juga bukanlah suatu perkara yang baru.
Sejak zaman Mesir kuno, susu sudah digunakan untuk merawat kesihatan dan kecantikan kulit. Menariknya, susu boleh dipakai untuk membersihkan dan melembutkan kulit.
Susu sebagai Pengelupasan
Dermatologist New York City, Lance Brown, berkongsi tips menggunakan susu sebagai eksfoliasi (pengelupasan).
Pengelupasan adalah penghapusan sel-sel kulit mati di permukaan muka. Ini berguna untuk membantu menjaga kulit bersih, jadi wajah tidak kelihatan kusam kerana pembentukan sel-sel kulit mati. Proses ini biasanya dilakukan dengan rawatan seperti facial, microdermabrasion atau chemical peels.
Caranya, basahkan tuala kecil dengan susu sejuk, kemudian tepek tuala ke permukaan wajah dan biarkan selama 10 minit. Kandungan lactic acid yang berfungsi sebagai exfoliant dapat mengurangkan kemerahan dan menghilangkan noda hitam di wajah, sementara natural lipid dapat melembapkan kulit wajah.
Di samping melicinkan kulit yang kering dan pecah-pecah, lactic acid pada susu juga sangat baik dalam melawan jerawat. Hanya campurkan susu dengan sedikit tepung hingga menjadi pes, lalu oleskan ke wajah, biarkan semalaman dan bilas keesokan harinya.
Susu yang baik adalah?
Disebabkan pelbagai jenis susu ada di pasaran, seperti susu pasteur, susu UHT, dan susu tepung, tentu kita menginginkan jenis susu paling segar yang mempunyai nutrisi paling lengkap untuk tubuh dan kulit. Susu pasteur dianggap paling baik berbanding jenis susu lain kerana melalui proses pemanasan untuk memusnahkan mikroorganisma tanpa merosakkan kandungan nutrisinya.
Jom cantik sama-sama!