Justice League? Barisan superhero Batman, Superman, The Flash, Wonder Woman, Aquaman dan Cyborg yang bersatu dalam menentang kuasa jahat yang ingin menakluk bumi.
Khas untuk peminat komik DC untuk melihat angkatan superhero bekerjasama nampaknya sudah menjadi kenyataan. Siri Justice League merupakan selepas beberapa rentetan kisah antara Batman, Superman dan Wonder Woman. Kemunculan Aquaman, The Flash dan Cyborg buat peminat lagi menagih siri filem superhero DC.
Semalam, penulis amat bertuah dapat menonton tayangan perdana Justice League bersempena Hari Penghargaan Media dari pihak GSC. Jujur penulis beritahu, filem Batman v Superman dan Man of Steel penulis hanya tengok sikit-sikit dan Wonder Woman pula tak pernah tengok langsung! Mungkin karakter hero dari DC sedikit serius dan jalan cerita yang agak berat bermain emosi buat penulis rasa ‘malas’.
Tapi rasa ingin tahu penulis memuncak selepas tonton filem Justice League semalam. Timbul lah persoalan…
- Apa lagi kejahatan yang bakal berlaku selepas ancaman ‘kiamat’ pada filem pertama Justice League?
- Adakah terdapat gabungan Justice League dan Suicide Squad?
- Ada lagi superhero lain muncul untuk Justice League?
Menarik dalam Justice League bila kuasa jahat boleh dimanupulasikan untuk kegunaan kebaikan dan apa yang lebih menarik apabila bait dari Bruce Wayne mengatakan Superman lebih bersifat kemanusiaan berbanding dirinya. WHAT?!
Apa yang penulis dapat gambarkan tentang Justice League ialah mereka pantas, bijak, canggih dan cekap berbanding kumpulan lagi satu. Opsss…
Rugi rasanya kalau terlepas menonton permulaan kisah Justice League, buat mereka yang benar meminati para superhero DC inilah peluang untuk menghargai jalan cerita, sinemafotografi, kegelapan bandar Gotham dan efek grafik dalam memberi anda rasa lebih hebat tentang kuasa mereka.
Akhir sekali penulis boleh cakap, Superman dan Wonder Woman memang powerlah! Tapi bila mereka semua bersatu lagi POWER! ⭐️⭐️⭐️⭐️ untuk Justice League!