Tipu kalau cakap tak pernah makan di restoran Secret Recipe kan?
Secret Recipe bukan sahaja menawarkan pelbagai kek yang enak seperti Chocolate Indulgence, New York Cheesecake, Chocolate Chip Walnut dan banyak lagi! Disamping itu, Secret Recipe juga terkenal dengan menu main course yang menyelerakan dari sajian pilihan Asia dan Malaysia. Paling menambat hati penulis ialah Curry Mee dan Noodle in Tom Yum Kung.
Semalam, penulis teruja dapat merasa tiga menu baharu didalam Secret Recipe iaitu Nasi Ayam Rangup, Special Seafood Mee Mamak dan Mixed Satay. Tiga menu baharu ini diperkenalkan dalam Secret Recipe Malaysian Favourites bersama Curry Mee dan Penang Assam Laksa.
Buat anda yang tertanya-tanya sedap ke tak atau macam mana rasa tiga menu baharu ini, ikuti review jujur dari penulis!
Special Seafood Mee Mamak RM19.90
Bila makan mee mamak ini teringat pada Curry Mee Secret Recipe yang memang banyak isi. Sedikit kelainan dalam mee mamak Secret Recipe mereka menggunakan bahan makanan laut seperti udang, kek ikan dan kerang. Rasa pedas dan tekstur basah mee memang kena dengan tekak Malaysia penulis, satu pinggan mee mamak Secret Recipe memang banyak tapi penulis rasa tidak cukup sebab sedap sangat! Elemen utama dalam mee mamak seperti tauhu kering, tomato dan perahan air limau cukup lengkap. Wajib order yang ini bila makan di Secret Recipe.
Nasi Ayam Rangup RM25.90
Anda kurang dengan masakan mee? Menu Nasi Ayam Rangup amat sesuai untuk mereka yang mempunyai selera besar. Lihatlah kuantiti menu ini, satu ketul ayam rangup, nasi harum Secret Recipe, udang sambal dan satu telur rebus dibelah dua. Bagi anda yang suka makan nasi ada rasa rempah dan sambal udang yang pedas cuba Nasi Ayam Rangup. Namun apa yang penulis rasa kurang dengan menu ini, ia agak kering dan bila diperhatikan betul-betul ia seolah adik kembar lain ibu Nasi Lemak pula.
Mixed Satay RM17.90 atau Beef Satay RM19.90
Sate oh sate! Cuba cakap siapa yang tak suka sate? Perapan rempah pada sate Secret Recipe memang tidak pernah mengecewakan. Manis, pedas dan rasa wangi sate memang rasa tidak cukup kalau hendak buat ia sebagai starter. Untuk sate daging, penulis terkejut dagingnya langsung tidak liat dan lembut sahaja bila digigit. Tiga cucuk sate pun dah cukup sebab ketulan daging memang mampat! Kuah kacang pula sama sedap dengan sate dan rasanya seperti kuah kacang homemade sahaja.
Menariknya lagi, bermula 15 November hingga 15 Disember 2017, setiap pelanggan yang menempah apa sahaja main course boleh add-on Chicken Soup dan Brownie with Ice-cream dengan harga promosi.
Chicken Soup RM3.00
Juga sesuai untuk dijadikan sebagai starter, tidak terlalu pekat dan ketulan ayam yang banyak! Amat berpatutan dengan harga promosi hanya RM3.00 semangkuk. Sup ini juga sesuai untuk anak-anak kecil kerana ia langsung tidak pedas dan buat anda yang nak pedas kena tambah sikit lada hitam.
Brownies with Ice-cream RM6.90
Rugi sangat kalau tak add-on brownie Secret Recipe dengan aiskrim yang hanya RM6.90 untuk waktu promosi! Satu brownie dah boleh kongsi untuk dua orang, sesuailah untuk mereka yang couple tapi jenis yang tak boleh kongsi dengan orang, saiz brownie yang diberi tersangatlah besar. Nama pun Secret Recipe, brownie pun sedap yang amat! Kekacang dalam brownie pelengkap adunan coklat beserta sirap coklat dan lelehan aiskrim vanila.
Jangan tunggu lagi, ajak keluarga dan rakan-rakan untuk mencuba menu baharu Secret Recipe Malaysian Favourites hujung minggu ini sebab menu ini hanya untuk seasonal (bermusim) menu. Siapa cepat, dia dapat!
Maklumat lanjut mengenai hidangan dan promosi dari Secret Recipe layari www.secretrecipe.com.my.
p/s – lepas ni penulis nak pergi makan Special Seafood Mee Mamak, siapa nak ikut?