Tahun ini, Alia Bastamam mengetengahkan sesuatu yang sensasi menerusi koleksi resort bersempena musim perayaan dan tahun baru 2018.
Memanfaatkan fabrikasi berjalur dengan rona-rona memukau seperti kuning kehijauan, merah dan biru gelap, melihatkan iklim negara yang sentiasa disinari cahaya mentari secara tidak langusnng menyumbang inspirasi kepada Alia untuk menyuntik setiap satunya dengan elemen bersahaja -pastinya sesuai untuk wanita yang mementingkan sinergi keselesaan dan gaya.
Reka bentuk klasik seperti potongan dress ala kaftan, skirt midi jenis pensil serta shirtdress… helaian-helaian hip sebegini secara tidak langsung mampu membangkitkan aura wanita moden minimalis yang tidak skeptikal. Bukan itu sahaja, perincian keliman ‘asimetris’ pada sesetengah rekaan pula seolah memberi nafas baru yang lebih segar untuk lari daripada kebiasaan.
Lebih menarik, Alia juga bijak menambah pilihan dengan statement piece seperti jaket organza yang mempamerkan artisan bersifat eksentrik untuk sesiapa berani mencuba.
Serlahkan identitimu dengan koleksi terkini daripada Alia Bastamam sepanjang hujung tahun ini bersempena pembukaan tirai 2018 yang lebih meriah dengan 1001 kejutan!
Bertepatan untuk digayakan saat pergi bercuti mahupun bersantai dengan tersayang secara kasual, ia juga hadir bersama sepatu tumit tinggi bertali serta sandal rendah berperincian olahan bersama Yoke & Theam yang bisa dipadankan untuk menaikkan seri si pemakai selaku aksesori feminin bersifat ranggi.
Tonton Pengenalan Alia Bastamam Untuk Resort Collection 2018 bersama Yoke & Theam
Untuk keterangan lanjut, sila klik [aliabastamam.com] atau lawat laman Facebook rasmi Alia Bastamam KL di [www.facebook.com/Alia-Bastamam-KL]