Semua sedia maklum rutin kecantikan cara Korea adalah antara rejim penjagaan wajah yang hangat diperkatakan. Miliki kulit wajah segar dan bersih seperti kebanyakan selebriti Korea bagaikan suatu kemestian. Anda tak perlu mekap yang tebal semata-mata nak menutup cela, hanya tonjolkan kulit sihat berkilau sahaja dengan penuh yakin.
Bayangkan di usia muda, Suzy miliki kemasyuran, kemewahan bahkan kecantikan semula jadi tidak perlu disangkal lagi, rata-rata rakyat negara Ginseng memilihnya antara selebriti Korea tercantik. Walau tanpa mekap sekali, Suzy tetap buat kita yang perempuan menangis melihat kulitnya yang bersih.
Rahsia penjagaan kulitnya, bagaimanapun agak mudah! Yang penting cuci muka setiap kali mekap dan jangan bawa mekap ke tidur.
Menurut portal Preview, Suzy menggunakan kaedah pembersihan muka 4-2-4, bunyi macam rumit. Rutin kecantikan selama 10 minit akan memastikan wajah anda dibersihkan dengan sempurna dan bebas daripada segala kotoran.
“Saya mengambil masa yang lama untuk mencuci muka. Saya mencuci selama sepuluh minit atau lebih dengan mengurut muka sepanjang mencuci,” jelas Suzy.
Langkah 1 : 4 minit dengan oil cleansing
Langkah ini dilakukan selama empat minit, bersihkan mekap di keseluruhan wajah.
- Gambar Hiasan. Foto – Koreadepart
Langkah 2 : 2 minit dengan foam cleanser
Langkah seterusnya memerlukan masa selama dua minit iaitu mencuci wajah menggunakan buih sabun. Sebaik sahaja sabun pencuci wajah anda berbuih, cuci wajah anda dengan lembut menggunakan buih, jangan lupa urut muka secara perlahan.
- Gambar Hiasan. Foto – Pinterest
Langkah 3 : 4 minit membilas muka dengan air bersih
Langkah terakhir, adalah mencuci wajah selama empat minit. Selepas membilas wajah anda dengan air suam-suam kuku, selesaikannya dengan mencuci wajah guna air sejuk selama empat minit untuk mengecutkan pori-pori di wajah.
Baca: Orang Kulit Flawless Paling Rajin Buat 7 Perkara Ni…
Senangkan? Sekarang pun anda boleh cuci muka ikut cara Suzy.