Menerusi sebuah pos di Instagram, The weeknd tampil berkongsi tentang kolaborasi terkininya bersama dengan H&M menghasilkan koleksi pakaian lelaki buat kali yang kedua!
Khas untuk muism luruh 2017, setiap helaian terpilih adalah merangkumi cita rasa fesyen kegemaran The Weeknd.
Diperbuat daripada fabrikasi mewah seperti satin mudah regang, kapas dan banyak lagi. Manakala palet warnanya pula adalah berasaskan rona-rona gelap yang menonjol seperti kelabu, ungu, merah hati dan lain-lain.
Rekaannya pula adalah menjurus kepada pemakaian santai menerusi padanan helaian jaket, baju panas, hoodie serta baju-T.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www2.hm.com/theweekndcollection] atau lawat laman Facebook H&M Malaysia di [www.facebook.com/hmmalaysia].
Tonton Teaser #TheWeekndxHM
https://www.instagram.com/p/BZmF4qvA8Th/?taken-by=theweeknd
Koleksi The Weeknd x H&M ini boleh dibeli dari lgedung atas talian H&M mahupun di beberapa cawangan H&M terpilih di seluruh Malaysia bermula 19 Oktober nanti.