Berikutan tidak lagi bertudung, adik kepada Datuk Siti Nurhaliza tampil menjelaskan sebab dia mengambil keputusan sedemikian.
Siti Saerah, 34, memberitahu dia tidak lagi berhijab selepas bercerai dengan bekas suami, Saiful Anuar Ahmad Shafie kira-kira dua tahun lalu.
“Saya bukan insan sempurna. Saya juga ada banyak kekurangan. Tak semestinya saya dah bertudung sebelum ni saya dah benar-benar berubah.
“Lagi pun, saya tidak mahu tipu diri sendiri. Lebih baik saya berterus-terang sahaja. Semua orang mahu berhijab sepenuhnya. Doakan yang terbaik untuk saya,” katanya.
Hasil perkahwinan Saerah dengan bekas suami mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Ummi Umairah, 6, Ahmad Daiyan, 5, dan Ahmad Aisy, 3 tahun.
Saerah bagaimanapun sudah bersedia menerima kritikan dengan imej terbaharunya itu.
“Saya yang pilih jalan ini, jadi saya sedia terima segala kritikan dan komen orang. Dalam perkara ini saya tidak menyalahkan sesiapa. Apa pun saya sentiasa mencari yang terbaik untuk diri sendiri,” katanya lagi.
Hurmmm… Apapun kita doakan yang terbaik untuknya. Netizen jangan nak melenting ye bila baca berita ini!