Ibu mana yang tidak gembira kalau anaknya menjadi kegemaran orang ramai.
Begitulah beruntung badan Kareena Kapoor kerana memiliki anak lelaki Taimur Ali Khan Pataudi yang sememangnya sangat comel dan lebih jelas lagi mempunyai ketampanan yang terserlah walaupun masih lagi bayi.
Walaupun sering menjadi buruan para peminat untuk melihat Taimur, Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan tidak lokek berkongsi gambar anak mereka di sosial media.
https://www.instagram.com/p/BXN3pHYFmxq/?taken-by=therealkareenakapoor
https://www.instagram.com/p/BWTDJWdll0-/?taken-by=therealkareenakapoor
Setiap kali gambar Taimur dimuatnaik pasti mendapat like paling tertinggi berbanding gambar-gambar yang lain. Dalam satu temu bual Kareena sendiri mengaku bangga dengan anaknya.
“Saya bangga dengan Taimur bukan kerana dia anak saya tetapi dia memang anak yang sangat tampan. Dia mewarisi keturunan sebelah bapanya,”
https://www.instagram.com/p/BXNwVeqlL7a/?taken-by=therealkareenakapoor
https://www.instagram.com/p/BU3FJXJlnq5/?taken-by=therealkareenakapoor
Setiap kali bercakap mengenai anakya, Kareena mesti memuji ‘ketampanan’ Taimur dan dia menggelar si kecil itu sebagai anak paling cantik ciptaan Tuhan.
https://www.instagram.com/p/BWVY0KpFWuB/?taken-by=therealkareenakapoor
https://www.instagram.com/p/BYFtbxhnfkd/?taken-by=therealkareenakapoor
Boleh dikatakan inilah keluarga Bollywood paling cantik dari mak cik (Karisma Kapoor), ibu (Kareena Kapoor) dan bapa (Saif Ali Khan) sehinggalah kepada si kecil Taimur Ali Khan Pataudi.