Pasangan masa kini sering dihantui kesibukan yang dipengaruhi waktu kerja padat serta kesuntukan masa untuk bersama. Namun, segalanya bergantung pada usaha bak kata pepatah “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”.
Bukan susah dan tidak juga terlalu mudah untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga. Sememangnya ia memerlukan tindak balas daripada kedua-dua belah pihak sebelum kebahagiaan itu dapat dilihat dengan jelas.
Selain mengucapkan kata-kata cinta seperti “I love you” atau “I miss you”, apa lagi yang boleh dilakukan? Pergi bercuti untuk meluangkan masa bersama adalah cara yang paling ideal untuk benar-benar memenangi dan mendekatkan diri dengan pasangan secara intim.
Tonton Video Lucu Reaksi Pasangan Bila Kali Pertama Naik Gmax
https://www.youtube.com/watch?v=29JK8_SiGKU
Tak perlu bercuti sampai seminggu pun untuk berseronok dengan pasangan, ikut cara Wanista… hanya perlu 2 hari 1 malam dan itu sudah memadai. Kata orang, less is more! Kalau malas pergi menginap di mana-mana, bersiar-siar pun okay juga.
Wanista senaraikan aneka lokasi menarik untuk dikunjungi anda hujung minggu ini, jom ambil masa untuk relaks dengan si jantung hati.❤️????
#1 Hotel Rosa Melaka
Dengar kata Hotel Rosa ni berkonsepkan rumah apartment ala di kota metropolitan New York! Memang cantik sangat dan ramai yang baru tahu akan kewujudannya.
Hiasan dalamannya berkelas melambangkan keperibadian moden sesuai untuk gaya hidup urban masyarakat masa kini.
Kalau teringin, bolehlah ajak pasangan anda ke sini!
Alamat: 212, Jalan Parameswara, Kampung Bandar Hilir, 75000 Melaka, Malaysia
Laman Sesawang: [rosa.com.my]
#2 Bukit Broga
Panjat gunung pun best juga. Panjat waktu sebelum subuh, bila sampai puncak nanti terus boleh tengok matahari terbit! Romantik tak?
Khas buat pasangan yang berani sahut cabaran liku-liku hidup bersama. Untuk panjat Bukit Broga ni percuma je, namun hanya akan dikenakan bayaran untuk parking kereta.
Alamat: Bukit Broga, Semenyih
#3 Oasia Suites Kuala Lumpur
Hotel ini biarpun terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, hakikatnya kelilingnya mempunyai persekitaran yang sunyi dan nyaman.
Dahulunya merupakan bangunan pejabat yang telah diubah suai menjadi rumah penginapan mewah. Kemudahan gim di sini juga adalah 24 jam!
Jika anda penginap di sini, anda berpeluang untuk meneroka Hutan Rimba Kuala Lumpur dan melawat mercu tanda terawal seperti Menara Kuala Lumpur yang boleh dikunjungi dengan hanya berjalan kaki tidak sampai 10 minit kerana kawasannya sangat dekat dengan Oasia Suites KL. Amat strategik juga jika anda ingin bersiar-siar waktu malam ke segi tiga Kuala Lumpur seperti KLCC dan Bukit Bintang.
Baca Review Oasia Suites KL Di Sini [Oasia Suites KL Tawar Penginapan Menenangkan Di Tengah Kota Metropolitan]
Alamat: 10, Lorong P Ramlee, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Laman Sesawang: [www.stayfareast.com/oasiasuiteskualalumpur]
#4 Sekeping Serendah
Buat pencinta alam, bermalam sambil mendengar bunyi unggas dan cengkerik pastinya membangkitkan rasa puas!
Penulis cadangkan anda bermalam dalam hutan di Sekeping Serendah ini. Reka bentuk biliknya juga ringkas menyerlahkan lagi tumbuhan hijau rimbun yang ada di keliling.
Kalau tak ada liputan talian telefon dan wifi pun apa salahnya kan? Yang penting anda dan pasangan bisa bermesraan secara romantis. Barulah quality time namanya.
Alamat: Sekeping Serendah, Rawang, Selangor Darul Ehsan
Laman Sesawang: [sekeping.com/serendah]
#5 Stripes Hotel
“Hotel Butik” baharu yang berdiri megah di Kuala Lumpur kini menjadi pilihan traveler yang gemarkan hiasan dalaman hotel unik lagi artistik!
Alamat: 25, Jalan Kamunting, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Laman Sesawang:
#6 Muzium Kesenian Islam Malaysia
Daripada dating jadi sia-sia sebab buang masa di tempat yang sesak, berpanas-panas ke sana dan ke mari, ada baiknya anda habiskan masa di muzim. Untung-untung boleh timba ilmu sekali.
Alamat: Jalan Lembah Perdana, Tasik Perdana, Wilayah Persekutuan, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia
Laman Sesawang: [www.iamm.org.my]
#7 Perahu Dondang Sayang
Bersiar-siar di atas sampan mengelilingi tasik Putrajaya ni pun syok dan menarik juga. Asyik dating atas darat sekarang kita dating atas air pula okay?
Alamat: Presint 1, 62000 Putrajaya, Malaysia
Laman Sesawang: [www.cruisetasikputrajaya.com]
#8 Akuaria
Penggemar ikan sekalian, anda pasti teruja sebaik menjejakkan kaki ke kolam hidupan laut gergasi yang terletak dalam kawasan dalam bangunan ini.
Sekali sekala, wujudkan suatu kelaian saat menghabiskan masa hujung minggu bersama pasangan anda dengan melawat tempat-tempat unik sebegini. Bukan kata kanak-kanak je happy, orang dewasa pun turut sama girang dibuatnya! Tiket orang dewasa adalah RM49 seorang.
Alamat: KLCC, 50088, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Laman Sesawang: [aquariaklcc.com]
#9 Bukit Tinggi
Memang terasa macam kat kota lama di Eropah! Jika anda teringin nak bersiar-siar di kawasan atas gunung yang sejuk, boleh singgah bermalam di Colmar Tropicale Berjaya Hills, Bukit Tinggi ni. Terdapat banyak pilihan hotel yang selesa serta restoran yang menyediakan hidangan enak.
Paling syok bila anda dpaat bersiar dan bergambar dengan latar struktur binaan yang cantik dan berwarna-warni sebegini! Sekali masuk ke kawasan ini adalah RM13 seorang.
Dalam masa yang sama, pengunjung juga boleh pergi ke Japanese Village berdekatan untuk berjalan dan mengambil foto kenangan dalam perkampungan Jepun yang dikelilingi kolam ikan koi serta kehijauan hutan merimbun. Bayaran yang dikenakan adalah RM20 sekaligus berpeluang menggayakan pakaian tradisi kimono sepanjang berada di sini!
Alamat: KM 48 Persimpangan Bertingkat, Lebuhraya Karak, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang, Malaysia
Laman Sesawang: [colmartropicale.com.my]
#10 Ilham Gallery
Dah malas nak masuk shopping mall untuk bersiar-siar dengan pasangan anda? Nak berjalan ke taman, cuaca pula panas belaka. Jadi apa kata luangkan masa bersama si dia melawat galeri yang memperlihatkan karya agung artis-artis tempatan yang berbakat!
Khas buat pasangan yang menghargai kreativiti dan mempunyai fikiran yang kritis. OMG! Macam loving couple yang banyak ditampilkan dalam filem-filem barat pula rasanya.
Masuk adalah PERCUMA, tapi orang Malaysia jarang nak masuk tempat macam ni kan? Sebenarnya pergi tempat macam ni lah seronok tahu tak?
Alamat: Tingkat 3 & 5, Menara Ilham, No 8, Jalan Binjai 50450 Kuala Lumpur.
Laman Sesawang: [www.ilhamgallery.com]
#11 Langkawi Lagoon Resort
Sekali pandang, anda mesti terpana dengan keindahan kawasan resort kayu atas laut ini. Memang sesuai sangat untuk ‘berdua-duaan’ kan?
Bermalam sehari di Langkawi Lagoon Resort untuk berehat sebentar dari kesibukan kota bersama pasangan, dikelilingi air biru yang menenangkan sambil ditiup angin segar sepoi-sepoi bahasa.
Alamat: Lot 78, Jalan Kuala Muda, Padang Matsirat, Langkawi, Kedah Darul Aman, 07100, Malaysia
Laman Sesawang:[www.ombakvillalangkawi.com]
#12 Skytrex Adventure Shah Alam
Anda dan teman lelaki gemar aktiviti lasak sambil menghirup udara segar dalam hutan? Boleh cuba lakukan aktiviti lasak seperti canopy walk dan flying fox di Skytrex Adventure Shah Alam.
Kepenatan yang anda dapat bersama si dia itu pasti berbaloi kerana ini mungkin aktiviti paling berfaedah yang pernah anda lakukan seumur hidup.
Tempahan awal perlu dilakukan disertai bayaran sebelum datang untuk meneruskan aktiviti di sini. Tutup pada hari Isnin namun dibuka pada Selasa hingga Jumaat. Sesi pertama bermula jam 9am manakala sesi kedua pada 1.30pm. Hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum bermula jam 8.30am manakala sesi kedua pula pada jam 3pm.
Alamat: Jalan Liku 8/1, Seksyen 8, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Laman Sesawang: [www.skytrex-adventure.com]
#13 MBO MX4D Cinema at Starling Mall
Wayang mungkin agak klise kerana dianggap aktiviti biasa yang tidak berapa menyeronokan untuk dilakukan bersama lebih-lebih lagi bagi pasangan yang telah berkahwin. Namun panggung wayang MBO cawangan Starling Mall beri lebih keterujaan dengan menawarkan pengalaman menonton secara realistik!
Dilengkapi dengan teknologi MX4D yang bisa bergerak dan membawa anda ke alam seperti dipaparkan dalam filem yang ditonton, MBO adalah panggung wayang pertama yang menawarkan sistem tontonan 4 dimensi MX4D ini.
Tiket boleh dibeli serendah RM20 seorang.
Rasai pengalaman seolah anda juga wujud dalam jalan cerita filem yang ditonton kerana dapat merasakan gegaran, gerakan, menghidu bau-bauan dengan disertai efek asap, angin atau percikan air yang seiring dengan perjalanan filem. Hanya di MBO Starling Mall!
Alamat: 6, Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Laman Sesawang: [www.mbocinemas.com]
Semoga bermanfaat cuti hujung minggu anda dan pasangan! ❤️