Patutlah Bersih! Ini Rupanya Rahsia Selebriti Lelaki Korea Jaga Muka

Kalau bicara tentang kecantikan sama ada penjagaan tubuh badan mahupun wajah memang tak pernah habis. Setiap hari ada sahaja produk kecantikan yang memasuki pasaran membuatkan kita pening kepala memikirkan yang mana sesuai dengan kulit, belum lagi selidik rahsia penjagaan wajah para selebriti, rasanya dalam masa 24 jam pelbagai ilmu kecantikan kita tahu.

IKLAN

Semua sedia maklum bahawa bintang Kpop dikenali dengan kulit wajah yang licin bersinar tanpa sebarang cela. Malah, kita masyarakat Malaysia turut terkena tempiasnya dan masing-masing berhempas pulas berhabis untuk miliki kulit wajah sebegini.

Sama seperti selebriti lelaki Korea ini yang ternyata sangat mementingkan penjagaan wajah bagi mengekalkan ia sihat dan lembap.

BTS V

Foto – BTS Diary

Berada dalam kapal terbang, saya melembapkan pas kapas dengan toner dan memakai lotion sebanyak dua kali. Ini untuk memastikan kulit sentiasa lembap dan sihat.

 B1A4 Baro

Foto – SBS

Ini sesuatu yang susah untuk kita lakukan tapi itulah rahsia Baro. Dia elak makan makanan berminyak yang hanya boleh menyebabkan jerawat.

Baca: 8 Jenama ‘Sheet Mask’ Untuk Wajah Berseri Persis Bintang Drama Korea

Song Joong Ki

IKLAN
Foto – Harper’s Bazaar Singapore

Cara Joong Ki adalah dengan membasuh wajah dengan susu setiap malam sebelum tidur, dia juga menghindari pemanas untuk menghalang kulitnya kering.

BTS J-Hope

Foto – hellokpop

Pada waktu pagi, saya menggunakan toner dan pelembap. Untuk malam pula, pencuci muka, toner, essence, krim jerawat, lotion dan krim pelembap.

BTS Rap Monster

Foto- Digital Music News

Menggunakan pek penjagaan wajah (sheet mask) untuk mengelakkan kulit dari berjerawat, lebih-lebih lagi ketika berada dalam kapal terbang untuk perjalanan yang panjang.

Baca: Enam Perkara Perlu Tahu Sebelum Guna Sheet Mask

Mudahkan? Jadi selepas ini jangan malas-malas lagi dan mula menjaga muka hari ini.

Jom Cantik Sama-Sama!

cara lelaki korea jaga mukacara orang korea cuci mukacara orang korea jaga mukaCara Penjagaan Wajahrahsia selebriti lelaki korea jaga mukaselebriti korea jaga mukatips jaga mukatips penjagaan korea
Recommended