Terkenangkan cuaca panas di Malaysia mesti ada sahaja yang pasang angan-angan untuk melancong ke negara musim sejuk. Dari pandangan penulis, ramai yang memilih ke negara Korea dan Jepun untuk menikmati cuaca sejuk dan bermain salji buat pertama kalinya. Bukan sahaja memiliki pusat pelancongan yang menarik dan pemandangan yang cantik, malah kini lebih mudah untuk menikmati hidangan halal.
Wanista beri 5 destinasi pelancongan yang sangat berbaloi untuk anda melabur masa dan wang. Destinasi pilihan Wanista ini adalah yang luar biasa tau!
#1 Harbin, China
Sebuah bandar di wilayah utara China yang memang jarang terima cuaca panas. Harbin terkenal dengan pelancongan dan acara musim sejuk. Pada setiap bulan Januari, Harbin mengadakan festival ais dan salji dengan menjemput pengukir ais dari seluruh dunia. Suhu paling tinggi di Harbin hanya mencecah 23 darjah celcius dan paling rendah sehingga -20 darjah celcius. Patutlah Harbin dikenali sebagai Ice City oleh rakyat China dan ia diantara bandar paling lama mengalami musim sejuk!
Siapa yang pergi ke Harbin bukan sahaja boleh main salji, malah bandar ini sesuai untuk Instagrammer bergambar dengan bangunan-bangunan bersejarah dari legasi jajahan Russia.
#2 Jigokudani Monkey Park, Jepun
Kalau tak ke Tokyo pasti ke Osaka atau Kyoto, apa kata siapa yang hendak menjelajah ke Jepun pada musim sejuk ini cuba ke wilayah Nagano yang terkenal dengan pergunungan tinggi (alps). Serius, pergunungan Kita-Alps, Chūō-Alps dan Minami-Alps pasti membuat mulut anda ternganga.
Tapi apa yang paling best di Nagano ialah bila anda dapat berjumpa dengan haiwan comel dikenali sebagai monyet salji. Mereka gemar berendam dalam kolam air panas di Joshinetsu Kogen National Park yang juga sebahagian dari Jigokudani Monkey Park.
Destinasi Pilihan Lain: 10 Kawasan ‘Bahaya’ Di Dunia Untuk Si Kaki Travel Berjiwa Ekstrem
#3 Gobi Desert, Mongolia
Gobi Desert atau Gurun Gobi adalah gurun paling terbesar di Asia yang meliputi bahagian utara dan barat laut China dan selatan Mongolia. Ia terdiri daripada berbagai-bagai kawasan ekologi dan geografi yang berasaskan variasi iklim dan topografi. Biasanya Gurun Gobi akan dihujani salji pada awal Januari dan pada waktu itulah pemandangan sekitar gurun bertukar kepada pemandangan paling indah.
Terdapat pelbagai aktiviti pelancongan menarik didakan di Gurun Gobi seperti Thousand Camel Festival, Winter Tour dan banyak lagi.
#4 Garden of the Morning Calm, Korea Selatan
Mesti tak pernah dengar kan Garden of the Morning Calm? Ianya sebuah taman tertutup yang terletak diluar bandar Seoul. Paling menarik dengan taman ini ialah bunga dan pokok dihiasi dengan lampu-lampu yang memberi cahaya indah pada waktu malam. Garden of the Morning Calm paling cantik dilawati ketika musim sejuk dengan tambahan dari rimbunan salji.
Taman ini mempunyai 20 dekorasi taman mengikut tema. Selain itu, ia juga lokasi untuk pelbagai acara dan festival di Korea Selatan sepanjang tahun.
Destinasi Pilihan Lain: Lokasi Indah Untuk Kaki Travel Yang Suka Bunga & Alam Semula Jadi
#5 Dal Lake, India
Jangan ingat di India tiada tempat sejuk ya… Dal Lake atau Tasik Dal terletak di bandar Kashmir dan Jammu memberi suatu jamuan mata yang sangat cantik bila tasik beku ketika musim sejuk. Suhu paling rendah yang pernah mencecah disini ialah -11 darjah celsius!
Terdapat rumah bot, taman ala Mughal dan bot tradisi shikaras menghiasi sekeliling tasik menjadi dan yang paling best bila tasik betul-betul beku anda boleh bermain ice skate.
Baca Tips: 15 Perkara Penting Perlu Anda Sedia Sebelum Travel Ke Luar Negara
Lupakan sahaja yang lain, 5 destinasi baru ini memang buat travel anda lebih rare dari yang lain!