Buat anda yang tercari-cari hotel mana menawarkan seleksi hidangan buffet mewah pada harga rendah untuk sesi buka puasa bersama tersayang sempena bulan mulia akan datang, Ritz Carlton ada segalanya yang anda mahukan.
Dari hidangan pembuka selera sehinggalah kepada pencuci mulut, lebih beratus hidangan enak disediakan segar oleh para tukang masak profesional!
Sengaja mewujudkan kelainan, Ritz Carlton membawakan aneka sajian Melayu kebangaan semua negeri di Malaysia seperti Nasi Kerabu Terengganu, Talam Pandan Sabah, Ikan Patin Masak Tempoyak, Kuih Cik Mek Molek, Laksa Kedah, Asam Pedas Ikan Tenggiri Melaka, Rojak Penang dan banyak lagi.
Masakan yang dihidangkan adalah istimewa buat para tetamu yang dahagakan cita rasa masakan tradisi, seterusnya mampu membangkitkan memori lama disertai pula rasa keenakan berganda sebagai bonus.
Selain masakan ala kampung, makanan Arab juga ada disediakan bagi mereka yang mahu menikmati hidangan berdaging seperti kebab dan sebagainya.
Berlokasi di The Cobalt Room, Aras 1, Buffet perayaan Ritz Carlton Kuala Lumpur mula dibuka kepada umum dari 27 Mei ini hingga 24 Jun 2017. Waktu buffet pula adalah dari 6.30pm hingga jam 10.00pm.
Harga yang dikenakan bagi individu dewasa adalah RM118 seorang manakala RM59 seorang untuk kanak-kanak 12 tahun dan kebawah.
Untuk tempahan, sila hubungi +60 3 2782 9099 atau email kepada [email protected].
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.ritzcarlton.com/en/hotels/malaysia/kuala-lumpur]