Cinta Jarak Jauh? 5 Aplikasi Telefon Pintar Ini Bakal Jadi Pengubat Rindu

Rindu…rindu..serindu..rindunya…

IKLAN

Tidak semua pasangan mengecap bahagia yang sama, ia mengikut cara tersendiri. Begitu juga lah kepada pasangan yang melalui fasa percintaan atau perkahwinan jarak jauh a.k.a PJJ. Semua orang layak disayangi, menyayangi tidak kira yang dekat mahupun yang beribu jauh batunya. Cinta itu membutakan masa, darjat dan juga masa…

Bagi anda yang tergolong dalam percintaan jarak jauh pasti masa dan jarak adalah musuh utama anda dan punca biasa perselisihan faham antara anda dan pasangan. 

BACA: 7 TIPS UNTUK MENJAYAKAN HUBUNGAN CINTA JARAK JAUH

Terdahulu surat, email dan teks pesanan ringkas membuka jalan mudah tapi kini dengan kemajuan internet serta teknologi media sosial sudah tidak membataskan apa-apa lagi. Bagi anda yang masih lagi dilema dalam dunia percintaan jarak jauh ini, apa kata anda pasangan cuba praktikkan hubungan komunikasi dengan 9 aplikasi menarik yang boleh dimuat turun dari telefon pintar. 

#1 Skype

Skype adalah panggilan video percuma yang boleh digunakan melalui komputer, tab dan juga telefon pintar. Ia boleh digunakan pada bila-bila masa dengan menggunakan data internet. Anda dan pasangan boleh berkomunikasi melalui panggilan video dan juga berkongsi gambar serta boleh melihat keadaan sekeliling mereka. 

#2 Marco Polo

Jika anda mahukan aplikasi seperti walkie talkie, perakam video, email dan sedikit aplikasi filter gambar, muat turun aplikasi Marco Polo. Ia terdapat untuk pengguna telefon pintar Android dan IOS. Aplikasi ini sesuai untuk pasangan yang mempunyai jadual waktu yang berbeza. Anda boleh menghantar video pesanan ringkas pada bila-bila masa. Bukan itu sahaja pelbagai filter gambar untuk menjadikan video anda lebih menarik. 

IKLAN

#3 Whatsapp 

Percuma mesej, panggilan video dan telefon. Dengan pengguna data internet, jadi anda boleh membuat panggilan antarabangsa dengan kadar yang lebih rendah. Punya pasangan yang kini bekerja atau belajar jauh beribu batu? Whatsapp mungkin jalan penyelesaian yang mudah. 

BACA: ANDA BERADA DALAM #LONGDISTANCERELATIONSHIP? IKUTI PANDUAN BERNAS INI

#4 Couple 

Jika pesanan ringkas dan mesej video sudah menjadi kebiasaan untuk anda dan pasangan. Apa kata anda cuba aplikasi ‘romantik’ dari Couple yang membolehkan anda menghantar thumbkiss iaitu kesan gegaran kecil seperti ciuman. Ia bukanlah ciuman sebenar, tapi sedikit gegaran ini seperti telepati yang memberi rasa tenang seperti ciuman. Opss! Sesuai untuk pasangan yang dah kahwin jer tau..

#5 Touchnote

Touchnote sesuai bagi anda yang kreatif dan menginginkan kelainan dengan mengantar pelbagai poskad dari gambar peribadi anda. Menariknya, aplikasi ini mempunyai pelbagai pilihan stiker dan mesej menarik untuk ditambah didalam gambar kemudian ia boleh menghantar sebagai poskad secara realiti! Poskad yang siap direka boleh dicetak dan dihantar kepada si dia.

Apa tunggu lagi? Ajak pasangan anda untuk muat turun aplikasi menarik di atas.

Rujukan

aplikasi telefon pintarcinta dan perhubungancinta jarak jauhfeaturedhubungan cinta jarak jauhkekalkan cinta jarak jauhteknologitips cintatips cinta jarak jauh
Recommended