Jika anda meminati bidang solekan dan bercita-cita ingin menjadi seorang jurusolek (MUA) yang bertauliah, cara sapuan bedak tabur atau loose powder bukanlah perkara asing kan?
Ya, memang bunyinya ringkas namun jika tak kena pada cara, sapuan bedak itu mungkin akan kelihatan bercapuk nanti.
Loose powder adalah sejenis bedak bertekstur halus yang dimanfaatkan untuk mengekalkan solekan bedak asas serta concelaer ada wajah lebih lama. Dalam masa yang sama, fungsi loose powder juga adalah bertujuan untuk menutup liang pori agak tidak kelihatan secara jelas.
Oleh itu, amatlah mustahak untuk seseorang menyapu loose powder terutamanya pada bahagian wajah yang lekas berminyak dan berpeluh seperti di kawasan bawah mata, rahang dan sekitar dahi.
Di sini wanita sediakan beberapa tips mudah bagaimana anda boleh memilih loose powder yang bertepatan dengan kondisi dan warna kulit anda.
#1 Pemilihan Berus
Lazimnya, bagi mereka yang sudah profesional, penggunaan span seperti “beauty blender” amatlah digalakan, namun bagi seseorang yang baru berjinak-jinak dengan alat solek, sila gunakan berus kerana ia lebih memudahkan.
Caranya, celup berus tersebut ke dalam loose powder yang berkenaan sebelum meletakkannya pada kulit dna hendaklah dibiarkan bedak itu melekat pada kulit beberapa minit (5 hingga 10 minit) sebelum disapu rata untuk hasil solekan yang kemas dan nampak natural.
#2 Simpan Bedak Di Kawasan Kering & Sejuk
Loose Powder adalah sejenis bedak yang bertekstur halus. Ia memang direka khas untuk kegunaan wajah dan mampu menutup setiap liang pori yang terbuka.
Bagi memelihara tekstur bedak itu agar tidak rosak, pastikan ia disimpan di kawasan yang kering dna sejuk. Jangan biarkan ia terdedah pada kepanasan serta basahan. Selepas menggunakannya, sila tutup rapat bekas bedak tersebut agar tidak dimasuki habuk yang kemudiannya mungkin merosakkan keadaan bedak serta bisa memberi iritasi pada kulit. Bersihkan bekas setiap kali selepas digunakan.
Kat Von D Lock-It Setting Powder & & Lock-it Powder Brush [BELI]
#3 Pilih Bedak Yang Bersesuaian Dengan Kulit
Hati-hati dalam memilih warna bedak kerana ia akan memberi impak yang besar terhadap kulit anda nanti. Selain perlu memastikan serbuk bedaknya benar-benar halus, kalau boleh cari Loose Powder yang mempunyai warna seakan-akan kulit anda atau lebih baik jika ianya satu hingga dua tona lebih cerah daripada warna asal kulit.
Aspek pemilihan ini penting agar kulit tidak kelihatan nyata bercapuk apabila berpeluh nanti.
#4 Elak Sapu Terlalu Tebal
Untuk mengelak ia menjadi bercapuk, sila gunakan bedak yang dilapis nipis pada bahagian wajah kemudian semburkan “setting spray” yang bisa membantu bedak tesebut melekat rata pada wajah. Hati-hati kerana loose powder biasanya akan kelihatan bercapuk apabila dipancar cahaya lampu seperti dari kamera (camera flash).
#5 Terlupa Untuk Menyapu Rata Bedak
Jika anda menggunakan teknik “baking” seperti yang sering dilakukan selebriti Kim Kadarshian, setelah membiarkan ia beberapa ketika untuk menyerap penuh pada kulit, jangan pula terlupa untuk meratakannya kemudian. Jika anda terlupa, anda pasti akan kelihatan seperti badut nanti!
#6 Sebelum Menyapu Bedak, Lembapkan Kulit Terlebih Dahulu
Jika bedak disapu pada kulit yang kering bersisik, sudah pasti sapuan tidak akan rata sekaligus menajdi bercapuk bukan?
Jadi, sapukan krim pelembap (moisturizer) dahulu pada kulit agar kulit yang kering bersisik itu tadi hilang. Barulah sapuan bedak nampak cantik 🙂
Selamat mencuba!
KLIK [#SephoraSpring2017] untuk ketahui pelbagai produk dan jenama terkini yang ada di gedung kecantikan SEPHORA ❤️