Masker muka memang tidak asing lagi dalam produk penjagaan wajah, ianya juga diantara cara paling mudah untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik dalam masa beberapa minit sahaja. Seperti rawatan di spa, dari sehelai masker anda diberi pelbagai manfaat dan kebaikan dari jenis masker yang digunakan.
Disebabkan kepelbagaian masker muka dipasaran kini anda boleh mencari yang bersesuaian dengan umur dan jenis kulit. Ada sesetengah masker muka boleh dipakai pada waktu malam, menyerap ke dalam kulit dan merawat semasa tidur dan ada yang paling cepat hanya mengambil masa 20-30 minit.
Untuk anda yang tahu pakai tapi tidak tahu manfaat dari masker muka, nah! Wanista sediakan 6 top kebaikan masker muka yang selama ini anda tidak tahu:-
#1 Beri Kelembapan Berpanjangan – masker muka memberi kelembapan dan hidrasi pada kulit yang kering. Air dari masker muka boleh menyerap lembut dalam ke dalam kulit dan meningkatkan keanjalan. Apabila kulit cukup hidrasi, solekan lebih mudah dan cantik. Selain itu, kulit yang lembab juga membuatkan kulit kelihatan lebih muda.
#2 Menenangkan – memakai masker muka sambil baring atau membaca buku sudah cukup untuk menghabiskan masa santai dirumah. Bayangkan muka anda disejukkan dari masker muka yang lembab dan anda memejamkan mata seketika, perasan itu orang yang selalu pakai masker sahaja yang faham! Tak perlu menambah kos ke spa cukup hanya lakukanya di rumah.
#3 Menghilangkan garis halus dan kedutan – berita baik pada pengguna setia masker muka! Mungkin selama ini anda tidak pernah perasan, rupanya penggunaan kerap masker muka mampu mengurangkan garis-garis halus, kedutan dan parut jerawat.
#4 Boleh dibawa kemana-mana – tak kira dimana anda berada atau pergi anda boleh menggunakannnya. Malah dalam penerbangan yang panjang pun ada boleh tepek masker dimuka. Cara bungkusan masker muka itu sendiri sudah memudahkan untuk anda membawanya. Jadi nak rawat muka boleh bila-bila masa sahaja!
#5 Membersih liang pori muka – masker muka mampu mencerahkan kulit dan menghaluskan liang pori-pori muka. Ia juga dapat membersihkan kedalam liang pori dari sel kulit mati, minyak yang tersumbat.
#6 Lelaki pun boleh guna – bagi anda yang geram tengok muka suami atau teman lelaki yang berminyak atau bermasalah. Boleh lah hadiahkan mereka dengan masker muka khas untuk kaum Adam. Iya, kini terdapat banyak jenama kecantikan yang mengeluarkan masker muka untuk merawat kulit lelaki yang bermasalah.
Masker Muka Pilihan Penulis!
For Beloved Girl Mineral Cloud-Silk Mask Products
Dari rangkaian produk For Beloved One, terdapat 6 masker muka pelbagai pilihan kebaikan yang dicipta dari teknologi kecantikan penjagaan khas untuk gadis muda remaja seperti kita! Serum dan sifat lembab dari helaian masker muka For Beloved Girl menyerap jauh dalam kulit sekaligus memberi menganjalkan kulit dan menghilangkan tanda parut lama.
Penulis mempunyai masalah kulit berminyak, berjerawat dan pori-pori besar. Jadi pilihan utama penulis ialah masker Skin Renewal Mineral Cloud-Silk Mask + Calcium Lactate + Akomplex AHA Flower.
Kenapa penulis pilih yang ini? Ia mempunyai calcium lactate berfungsi melembutkan sel cutin lama dan memperbaharuinya. Calcium ion pula membuka ruang pori-pori bagi memperbaiki struktur kulit. Ekstra dari Akomplek AHA Flower mempunyai pelbagai vitamin dan asid organik membuang segala bintik hitam dan putih sekaligus memberi kulit yang licin sempurna.
Hujung minggu ini apa kata lakukan aktiviti santai keluarga dan rakan-rakan dengan merawat muka menggunakan masker muka! Dapatkan masker muka berkualiti dari The Beloved Girl di Sephora Malaysia atau layari http://www.sephora.my/brands/for-beloved-one. Banyak lagi produk kecantikan Sephora pilihan penulis sempena Musim Bunga 2017 untuk anda ketahui. KLIK DISINI!
SUMBER 1