Menyampah! 5 Tanda Anda Suka Tayang Hubungan Cinta Pada Umum

Hubungan cinta adalah suatu perasaan yang eksklusif yang wujud pada setiap wanita dan lelaki. Kenapa Wanista katakan ia ‘eksklusif’?

IKLAN

Kerana ia hanya ada pada dua jiwa yang asing pada mula masing-masing tidak mengenali satu sama lain. Kemudian secara peribadi anda dan si dia mula menitip tanda-tanda cinta bersama. Pada masa itu, tiada siapa pun tahu dan anda juga seolah-olah tidak peduli apa yang sedang berlaku disekeliling. 

Foto – Giphy

Cuma kini anda perasan tak, hampir semua pasangan bercinta mahupun yang berkahwin suka menunjukkan perhubungan peribadi mereka pada umum, lebih dari pada pasangan artis pula. Lama-kelamaan sikap seperti ini menyebabkan rasa menyampah pada masyarakat pada anda.

Bagi yang mula rasa ‘eh, artikel ini macam untuk aku jer’, ini ‘dia’ Wanista letakkan tanda-tanda anda suka menayang hubungan bersama pasangan:-

Facebook, Instagram, Twitter semuanya tentang si dia

Foto – CollegeTimes.com

Pantang on laman media sosial ada sahaja mengenai tentang si dia yang ingin update. Tidak cukup dengan gambar berdua di galeri gambar Facebook, perbualan di Whatsapp juga sengaja dimuat naik untuk bacaan awam. Motif anda berbuat begitu? Ketahui lah tiada siapa pun ingin ambil peduli apa yang anda dan pasangan bualkan. Simpan sahaja kata-kata ‘I love you’ dari si dia untuk anda sahaja. 

rakan anda kenal pasangan anda dari A hingga Z

Foto – TheGloss

Kalau anda sering update tentang pasangan di media sosial, jadi tidak mustahil lah kenalan terdekat anda juga tahu mengenainya, kerja dimana dan aktiviti mingguan anda dan si dia. Itu belum lagi dengan sahabat baik anda, sudah pasti mereka mengenali si dia seperti mana anda juga kenali. Iyalah, kalau dah mulut becok bercerita tentang kisah cinta agung anda itu, jangan pelik kalau ada orang lain mula ‘cucuk jarum’ pada si dia. 

BACA : 6 TANDA PASANGAN ANDA MULA BOSAN DENGAN ANDA

terlalu banyak minta pendapat mengenai si dia

Foto – www.buzzfeed.com

Wanista kasihan dengan sahabat baik anda, sebab? Apa sahaja tentang si dia anda nak rujuk pada orang. Cara dia mesej, cara berbual, cara berpakaian malah cara memandu pun anda nak minta pendapat orang. Anda sebenarnya bahagia atau tidak? Kalau si dia benar-benar membahagiakan anda, tidak lah anda sibuk berasa sangsi tentang segala perbuatan si dia. Jika anda kerap bertanya tentang mengenai pasangan pada orang, secara langsung anda juga kerap bercerita perihal si dia. 

fantasi melebihi realiti 

Foto – The Irish Banana Review

Segala-galanya tentang cinta. Anda mula lupa tentang kehidupan lain selain kisah cinta anda, bayang-bayang anda hilang disisi rakan-rakan. Mahukah anda, dikenali kerana fantasi cinta anda yang melebih-lebih di laman sosial? Lebih teruk lagi, anda hanya fokus mengenai perhubungan sahaja, soal kerjaya, kewangan, keluarga tolak tepi dulu. 

BACA: 7 CARA UNTUK SALING BELAJAR MEMAHAMI PASANGAN ANDA

IKLAN

cuba cemburukan orang lain 

Foto – Know Your Meme

Pantang bila orang lain berkongsi tentang kekasih mereka, anda pun turut sibuk nak bercerita. Cuma anda mungkin ada sedikit tokok-tambah untuk beri rasa cemburu pada rakan-rakan anda. Anda tak boleh kalah dengan mereka, kisah cinta agung anda lagi sweet dan romantis berbanding yang lain. Cuba anda ingat kembali apakah topik utama apabila berbual bersama rakan, adakah soal kekasih? Jika jawapannya ‘ya’…ketahuilah anda memang suka menunjuk-nunjuk.

Munasabah semula diri anda tentang perkara ini dan kembali imbangi aktiviti kehidupan harian. Sebenarnya banyak lagi perkara dalam dunia ini selain perihal kekasih. 

Rujukan 1 & 2 

cinta dan perhubunganhal cinta dan perhubunganinfo menarikmasalah pasangan bercintaMenyampah! 5 Tanda Anda Suka Tayang Hubungan Cinta Pada UmumNasihat Untuk Pasangan Bercintatip pasangan bercintatips cinta dan perhubungan
Recommended