Hantaran perkahwinan?
Amalan berbalas barang hantaran adalah adat Melayu yang menandakan kasih sayang di antara kedua-dua pihak keluarga. Lazimnya, barang hantaran diberi mengikut bilangan ganjil dan barang daripada pihak perempuan lebih sikit daripada pihak lelaki misalnya 5 dulang untuk pihak lelaki dan 7 dulang pula bagi pihak perempuan.
Bajet untuk memberi barang-barang ini pula lebih bagi pihak lelaki kerana adanya peruntukan untuk sebentuk cincin pertunangan, hadiah tanda mas kahwin atau barang kemas. Sirih junjung atau sirih dara, tepak sirih, bunga rampai, Al-Quran adalah antara barang-barang wajib dijadikan hantaran.
Cumanya, kebelakangan ini adat perkahwinan telah dilengkapkan dengan gaya hidup serba moden. Dalam era di mana teknolgi kian berkembang pesat, pemberian hantaran berupa gajet-gajet seperti telefon pintar, tablet dan jam tangan pintar dilihat menjadi trend di kalangan pasangan muda hari ini.
Kenapa mereka memilih gajet sebagai hantaran? Ini kerana generasi muda membesar dengan peralatan elektronik dan dengan kemajuan teknologi terkini, masyarakat kini berada di kemuncak sosial mereka dan lebih banyak berhubung berbanding dulu. Dengan peningkatan kualiti telefon pintar hari ini dan kewujudan platform media sosial yang pelbagai, segala pengalaman baru boleh dirakamkan dan dikongsi ke seluruh dunia menerusi laman web sosial seperti Facebook dan Instagram.
Anda boleh lihat sahaja, selebriti tempatan seperti pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla serta Anzalna Nasir dan pasangannya, Hanif Zaki yang memilih gajet pilihan masing-masing untuk dijadikan barang hantaran perkahwinan. Pasangan berkenaan bertukar hantaran gajet terkini iaitu Samsung Galaxy Note5, Tab S2 dan Gear S2. Sebagai pasangan selebriti yang berjaya dalam industri hiburan Malaysia, gajet mudah alih yang sempurna dan berkepelbagaian membolehkan mereka sentiasa berhubung dengan peminat-peminat, sekaligus merapatkan jurang antara selebriti dan peminat.
Seiring dengan perkembangan adat perkahwinan dalam era digital masa kini, terdapat banyak pilihan yang ditawarkan oleh jenama-jenama besar seperti Samsung yang menarik dan kreatif untuk dijadikan hantaran. Malahan, dengan pengenalan terbaru Samsung Galaxy Note5 dalam warna “Pink Gold”, hantaran perkahwinan kini kelihatan semakin pintar, menawan dan canggih.
Nota – Biasanya barang hantaran dibeli oleh tuan empunya badan sendiri dan barang-barang tersebut ditukar dengan pasangan masing-masing. Mudah dan senang. Lagi satu, nak beli sesuatu barang hantaran juga kenalah berpada-pada, lihat bajet dahulu, jangan sampai boros.