Warna emas? Apa yang difikirkan bila melihat warna emas? Paling tepat ianya menggambarkan kemewahan dan kesultanan. Tona warnanya yang eksklusif dapat menambahkan keyakinan dan sofistikated pada si pemakai.
Baru-baru ini, AkzoNobel iaitu syarikat cat dan lapisan cat terkemuka dan merupakan pengeluar cat Dulux telah memperkenalkan warna Monarch Gold sebagai warna pilihan pada tahun 2016.
Warna Monarch Gold dikatakan sangat sesuai jika digabung dengan elemen-elemen penting kehidupan kerana ia akan menambahkan lagi seri kehidupan harian seseorang itu – tetapi adakah ini dapat diadaptasi dalam dunia fesyen?
Warna emas sememangnya sedang menuju ke arah industri fesyen dan ia merupakan bakal warna kegemaran di kalangan jenama-jenama terkemuka. Dress yang berunsurkan warna keemasan, pakaian bersulamkan manik yang diselaput dengan warna emas, jaket yang mempunyai jahitan halus berwarna emas – warna emas sudah tentu akan menjadi tumpuan dalam tahun 2016.
Dalam industri fesyen Malaysia kini juga dapat dilihat warna emas sering diperagakan oleh model-model semasa berjalan di atas “runways” dan juga semasa acara fesyen diadakan.
Pasukan AkzoNobel telah duduk serta berbincang bersama-sama dengan salah seorang pereka fesyen Malaysia yang ternama, Khoon Hooi untuk bertanyakan pendapatnya tentang warna emas, cara yang paling tepat untuk memperagakannya dan bagaimana warna emas ini dapat memberi impak kepada arena fesyen tempatan.
Bagaimanakah anda membuat penyelidikan dan merancang koleksi anda?
Menentukan tema koleksi selalunya merupakan langkah yang pertama saya lakukan diikuti dengan rupa dan lakaran berlandaskan tema. Ilham tentang fabrik dan jenis tekstil pula akan hadir secara tidak langsung selepas itu.
Apakah sumber yang anda gunakan sebagai inspirasi?
Saya mendapat inspirasi dengan melihat keadaan sekeliling saya, buku-buku/majalah/artikel-artikel yang saya baca, tempat-tempat yang saya lawati dan juga orang-orang yang saya temui. Namun, sumber fabrik adalah merupakan elemen yang paling penting semasa fasa perancangan kerana ia dapat membantu saya mendapatkan inspirasi untuk idea-idea yang baru dan yang terkini.
Warna memainkan peranan yang sangat penting dalam dunia reka fesyen. Bagaimanakah anda menentukan warna yang akan menjadi trend untuk musim itu?
Saya percaya bahawa semua warna boleh memberi impak yang positif jika anda mempunyai reka fesyen yang betul. Ia merupakan tugas pereka fesyen itu untuk mengadunkan warna dan reka fesyen secara tepat – dan tentukan trend yang baru.
Dengan pengumuman bahawa warna Monarch Gold sebagai warna pilihan pada tahun 2016, adakah anda rasa warna ini sesuai untuk dunia fesyen?
Ia sememangnya warna yang boleh memberi impak dalam dunia fesyen! Warna emas merupakan warna yang senantiasa menjadi warna utama dalam fesyen dan sejak kebelakangan ini, ia sering menjadi warna pilihan orang ramai. Para pengguna pasti dapat menerima warna emas ni dalam pakaian mereka lebih dari sebelum ini.
Sebagai seorang pereka fesyen, sudah tentu anda perlu menggunakan perbagai jenis warna dalam kerja anda. Bagi pendapat anda, bagaimanakah anda menerima warna emas ini?
Warna emas adalah warna yang neutral. Kebanyakan daripada rekaan baju saya akan mempunyai sentuhan warna emas bagi menghasilkan rekaan baju dan warna yang tampak lebih berkualiti.
Kami dapat melihat banyak tona warna emas digunakan dalam koleksi anda – Kebanyakkan orang merasakan bahawa warna emas ini adalah warna yang melampau dan menonjolkan mata. Jadi, bagaimanakah anda memastikan sentuhan anda ini akan berhasil?
Aspek keseimbangan adalah amat penting sekali dan ia perlu dipraktikkan. Dress yang klasik berwarna emas adalah sangat elegan manakala dress yang mempunyai banyak elemen reka bentuk dan kompleks hanya perlu mempunyai sentuhan warna emas yang minimum.
Sesetengah orang lebih menggemari untuk memakai pakaian yang mempunyai hanya sedikit sentuhan warna emas. Bagaimanakah anda ingin memberi tips kepada mereka ini untuk tampak lebih menyerlah?
Warna emas ini sesuai dengan semua orang dengan cara yang berbeza mengikut cita rasa masing-masing. Ia mempunyai kebolehan untuk menyerlahkan sesuatu rupa itu supaya nampak lebih elegan walaupun dengan sentuhan warna emas yang paling minimal. Akan tetapi, ia juga mampu untuk mewujudkan persepsi yang negatif jika warna emas ini digunakan secara berlebihan.
Bolehkah anda terangkan bagaimana anda menggabungkan dua warna yang berbeza?
Sebelum itu, anda perlu menentukan rupa dan hasil yang anda inginkan. Dua warna yang berbeza boleh digabungkan tetapi setiap gabungan warna mempunyai kesesuaian untuk rupa yang berbeza. Sebagai contoh, jika anda ingin kelihatan kasual, anda perlu memilih warna yang neutral dan tidak terlalu terang seperti warna krim dan putih. Jika anda ingin kelihatan ceria pula, anda patut memilih warna yang terang seperti warna kuning dan merah jambu.
Bagi pendapat anda, warna yang manakah yang paling sesuai untuk dikombinasikan dengan warna emas?
Warna hitam dan warna emas adalah gabungan yang paling sesuai. Namun demikian, setiap warna akan menjadi lebih menarik jika ia mendapat sentuhan warna emas yang tepat.
Seperti yang anda sedia maklum, secara keseluruhannya, tren AkzoNobel ColourFutures 2016 adalah ‘Looking Both Ways’ di mana kita dapat membezakan kelebihan yang terdapat pada tradisi dan juga era moden kini yang lebih berinovatif. Bagaimanakah anda melakar inspirasi anda hasil daripada adunan tren yang dulu dengan tren yang terkini?
Bagi pendapat saya, tren yang hangat pada era ini adalah minimalistik. Maka, saya hanya meringkaskan apa yang telah dihasilkan sebelum ini supaya nampak lebih bergaya dan kemas. Pada masa yang sama, identiti dan elemen-elemen penting akan tetap dikekalkan.
Terima Kasih