Cara Mudah Hilangkan Selulit Dengan Kopi. Jom DIY!

Sering kali kita pening memikirkan cara untuk menghilangkan selulit, bukan? Walaupun banyak krim menghilangkan selulit di pasaran, tapi ianya masih tidak berkesan. Mungkin sudah tiba masanya anda menggunakan cara semula jadi yang lebih selamat dan terjamin.

IKLAN

Kopi adalah jawapan untuk masalah selulit. Untuk pengetahuan anda, hampas kopi yang dicampur dengan minyak zaitun akan membuat peredaran darah semakin lancara serta memperbaiki struktur kulit yang mengalami selulit.

Proses penyediaannya juga mudah, anda perlukan:

  • hampas kopi
  • minyak zaitun secukupnya

Cara aplikasi:

  • Hampas kopi dicampur dengan minyak zaitun, kacau sehingga menjadi pes.
  • Gosokkan pes tersebut di kawasan selulit.
  • Kopi akan bekerja sebagai skrub.
  • Beri urutan ringan selama beberapa minit dengan gerakan memutar.
  • Bilas bahagian yang terkena kopi, keringkan dengan tuala bersih.
  • Mudah bukan? Anda boleh menggunakan skrub ini seminggu sekali.

Selamat Mencuba!

SUMBER

cara hilangkan selulitdiykopikulitmasalah selulitselulittips hilangkan selulit
Recommended