Resepi Mudah 6 Bahan — Daging Masak Ala Siam

Bagi wanita yang sibuk, mungkin anda boleh cuba masak Daging masak tomyam ni. Memang mudah, senang dan lazat.

Bahan-bahannya :

  • 500 gram Daging lembu ( dihiris )
  • 3 helai daun limau purut ( dihiris )
  • 2 sudu kerisik
  • 2 batang serai
  • 2 cawan air
  • 3 paket perencah nasi goreng tomyam

Cara-caranya :

1. Gaulkan daging dengan perencah nasi goreng tomyam, daun limau purut, serai dan kerisik.

2. Panaskan dalam kuali dan kacau.

3. Masukkan air dan biarkan ia mendidih dan sedikit pekat.

4. Hidangkan.

Sesuai untuk dimakan seisi keluarga!

dagingdaging masak thaidaging masak tomyamresepiresepi daging mudahresipiresipi daging mudah
Recommended