Info Cantik! 7 Bahan Di Rumah Ini Mampu Hilangkan Selulit

Selulit adalah garisan hodoh yang boleh dilihat pada badan selepas kehamilan atau selepas anda hilang atau menambah berat badan tiba-tiba. Kaum wanita terutamanya sibuk nak hilangkan kedut muka, tapi bagaimana dengan selulit di badan kita?

IKLAN

Untuk pengetahuan anda semua, dianggarkan hampir 90% wanita mempunyai masalah selulit. Tidak kira badan gemuk atau kurus, semua tidak dapat lari dari masalah selulit.

Selulit ini adalah gumpalan lemak yang terdapat di bawah kulit. Jadi sel-sel lemak ini akan menarik tisu di bawah kulit dan menyebabkan tekstur kulit anda jadi menggerutu. Selulit biasanya terjadi pada bahagian depan tubuh (payudara, ketiak, perut dan lengan), pungung, perut dan pinggang.

Jadi, bagaimana caranya untuk menghilangkan selulit?

Mentega koko (Cocoa Butter)

Foto – Maltra Foods

Anda perlu meletakkan mentega koko pada kesan selulit setiap hari untuk sekurang-kurangnya dua bulan. Selepas ia diletakkan pada kawasan tumpuan selulit, urut perlahan-lahan kira-kira 10-15 minit. Anda akan mula melihat keputusan selepas sebulan atau lebih. Anda juga boleh membuat campuran mentega koko, minyak germa gandum, dan minyak vitamin E untuk hasil yang lebih baik.

Minyak castor

Foto – StyleCraze

Minyak castor digunakan untuk merawat kesan regangan selulit juga. Anda boleh menyapukan minyak castor pada stretch mark atau kawasan selulit dan urut. Anda perlu mengurut kawasan tersebut untuk sekurang-kurangnya 15 minit untuk melihat apa-apa keputusan. Walau apapun bahan yang anda gunakan di rumah, anda tidak boleh mengharapkan apa-apa kesan datang secara serta-merta. Anda perlu menunggu untuk beberapa minggu atau beberapa bulan untuk kesan selulit itu hilang secara perlahan-lahan.

Putih telur dan minyak zaitun

IKLAN
Foto – Google Image

Ambil putih telur dan campukan dengan minyak zaitun serta kacau. Sapukan pada bahagian yang ada selulit dan biarkan ia kering. Biarkan ia seketika. Selepas anda cuci, sapukan sedikit minyak zaitun sekali lagi untuk menjadikan ia lembap dan sebenarnya teknik ini berupaya membantu menghilangkan kesan selulit. Lakukanlah secara berterusan selama beberapa minggu untuk mendapatkan keputusan yang dikehendaki.

Alfalfa dan minyak chamomile

Foto – Yoffie Life

Membuat pes menggunakan alfalfa dan minyak chamomile adalah salah satu cara terbaik untuk mengurangkan kesan selulit degil. Letakkan pes itu pada kawasan selulit dan urut kawasan itu. Ulangi proses ini dua atau tiga kali dalam satu hari untuk menghilangkan kesan hodoh garisan halus pada badan.

Gula

Foto – Lose Cellulite Now

Campurkan gula, limau dan jus susu badam dan sapukan pada kulit setiap hari. Ia boleh membuat kesan regangan menjadi kurang dan memudarkan selulit dalam masa yang singkat.

Jus kentang

Foto – Inspired Taste

Anda boleh membuat puri kentang dan letakkan pada kawasan selulit anda.

Kopi

Foto – YouTube

Kopi adalah jawapan untuk masalah selulitUntuk pengetahuan anda, hampas kopi yang dicampur dengan minyak zaitun akan membuat peredaran darah semakin lancara serta memperbaiki struktur kulit yang mengalami selulit. Caranya ialah hampas kopi dicampur dengan minyak zaitun, kacau sehingga menjadi pes.

Ini antara beberapa petua yang boleh anda semua praktikkan, apa yang penting kena sentiasa disiplin, janganlah baru buat sekali esok dah berhenti sebab malas untuk menyediakan bahan. Bila dah macam tu, selulit tak hilanglah.

Selamat Mencuba & Jom Cantik Sama-Sama!

7 Bahan Rumah Hilangkan SelulitAtasi Selulitcara atasi selulitcara hilangkan selulitCara Kurangkan Selulitinfo selulitmasalah selulitselulittips cantikTips Selulit
Recommended