Perasaan paling sukar dalam bercinta adalah apabila ibu dan bapa ralat untuk merestui hubungan anda dan pasangan.
Perasaan resah akan mula menghantui diri adakah anda sanggup berkorban meninggalkan teman lelaki anda begitu sahaja kerana tidak mahu dilabel sebagai anak derhaka.
Namun begitu, ini adalah 10 tanda yang dapat anda ramalkan apabila ibu anda telah mula merestui hubungan cinta anda bersama dia si jantung hati.
1. Sama ada sengaja atau tidak, si ibu sering sahaja membahasakan dirinya sebagai ‘ibu’, ‘emak’, atau ‘mama’ ketika bersembang dengan teman lelaki kamu.
2. Abang kamu selalu merungut dengan sikap ibumu yang sering masak makanan kegemaran buah hati kamu dan selalu ajaknya datang makan malam di rumah.
3. Ibu kamu selalu ceritakan kelamahan dirimu seperti, “Anak makcik ni bukannya pandai masak sangat. Harap ada lelaki yang sudi buat bini.”
4. Hanya si dia saja lelaki yang dibenarkan bawa kamu keluar. Kalau kawan lelaki lain, jangan harap.
5. Ibu kamu dan ibunya sering berkirim salam melalui kalian walaupun tak pernah bersua muka.
6. Nama dia sering jadi topik perbualan antara ibumu dengan makcik-makcikmu. Tentunya berkenaan kehebatan kerjaya dan budi bahasa si dia.
7. Ia mungkin ‘terlebih’ bagimu, tapi ibumu dah mula beli barangan persiapan perkahwinan kamu sebagai persediaan jika keluarganya datang meminang kamu esok lusa.
8. Bila ibumu perlukan pertolongan, teman lelakimu orang pertama yang si dia hubungi. Si dia pula dengan besar hati membantumu.
9. Ibu kamu lebih percayakan cerita yang disampaikan si dia berbanding ceritamu.
10. Bila ibumu dapat hidu sesuatu yang tak kena dalam hubungan kalian, dia terus hubungi teman lelakimu dan tolong pujuk bagi pihak kamu.
SUMBER