Pisang, buah yang tinggi khasiat dan nutrisi. Mudah didapati, dimakan dan boleh dijadikan pelbagai hidangan pencuci mulut darinya. Tapi tahukah anda bukan isi pisang sahaja yang bagus bahkan kulitnya juga mempunyai nilai nutrisi yang bagus untuk badan dan persekitaran alam. Wanista kongsikan pelbagai cara untuk menggunakan kulit pisang sebagai lifehacks anda.
Menyuburkan Tanaman Tomato
Balut kulit pisang disekeliling pokok tomato anda atau letakkan kulit pisang berhampiran dengan akar tanaman. Nutrisi dari kulit pisang akan diserap sepanjang musim tanaman.
Sebagai Baja Untuk Tanaman Tertutup (didalam rumah atau sebagainya)
Rendam kulit pisang didalam bekas atau jar dan tinggalkan selama dua hari. Setelah itu, tapiskan air kulit pisang tersebut didalam bekas spray bagi memudahkan anda untuk menggunakan air tersebut sebagai semburan baja untuk tanaman didalam rumah atau pejabat anda.
Sebagai Bahan Kompos
Kulit pisang juga boleh dijadikan bahan kompos untuk tanaman anda. Sesuai dicampur dengan tanah untuk menanam sayur-sayuran dan pokok bunga, ianya tinggi dengan daya penyerapan. Anda juga boleh mencampur kulit pisang dengan bahan kompos lain dan disimpan selama 2 atau 3 minggu sebelum menggunakannya.
Melegakan Ruam dan Gatal-gatal
Hanya gosok pada kawasan yang mengalami ruam atau gatal-gatal menggunakan bahagian dalam kulit pisang. Ianya dapat merawat juga melegakan ketidakselesaan pada kulit.
Memutihkan Gigi Secara Semulajadi
Bahagian kulit pisang yang juga kaya dengan potassium, magnesium dan maganese jika digosok pada gigi, ianya dapat memutihkan gigi secara semulajadi. Anda tidak perlu berhabis wang ringgit untuk berjumpa dengan doktor gigi.
Makanan Tambahan Untuk Ternakan
Jangan kedekut untuk berkongsi khasiat kulit pisang dengan binatang ternakan anda. Hanya potong kulit pisang kepada cebisan kecil dan campur bersama makanan mereka.
Mengempukkan Daging Untuk Masakan
Tambah kulit pisang semasa memanggang daging supaya daging kekal lembab, tidak menjadi kering dan keras.
Makan Kulit Pisang
Didihkan kulit pisang dengan air selama 10 minit, tapiskan kemudian blend bersama buah-buahan yang lain. Nah, anda boleh nikmati jus buah bersama kulit pisang. Lebih banyak nutrisi yang anda dapat selain dari buahnya !
Mask Kulit Pisang
Nak dapatkan kulit wajah lembut dan bercahaya ? Senang dan murah, hanya guna kulit pisang sebagai mask wajah anda. Gunakan sudu untuk mengeluarkan bahagian putih kulit pisang, Campurkan bahagian putih tersebut dengan satu sudu teh gula dan satu sudu besar gliserin. Perlahan-lahan sapukan diwajah anda, biar selama 15-20 minit kemudian bilas dengan air suam.
Mengilatkan Barangan Kulit Dan Perak
Siapa sangka kulit pisang mampu mengilatkan kasut, jaket atau beg tangan kulit. Dengan langkah mudah, lapikkan kulit pisang dengan kain lembut dan gilap. Untuk barangan kemas dari perak, anda boleh blend kulit pisang bersama air kemudian ‘skrub’ pada barang perak anda dan bilas. Hasilnya, pasti memuaskan.