Kek atau pemanis mulut penting sebagai penghias majlis, sama ada untuk hantaran atau kek perkahwinan, ia harus kelihatan cantik dan enak! Tambah bunga segar untuk gaya romantis atau pilih warna-warna terang bagi yang mahu tampil berani dan chic.
Nak tahu pemilihan kek terbaik untuk majlis perkahwinan, kami ada tips.
1. Berbincang mengenai bajet dengan pembuat kek agar dia tahu apa yang sesuai dengan keperluan anda. Malah janganlah terlalu menitik beratkan kek sampai overbudget.
2. Tidak semestinya anda menggunakan kek span atau buah-buahan. Cuba perisa lain seperti red velvet, lemon ataupun vanila atau kelapa dan limau nipis. Rasa beberapa jenis kek terlebih dahulu sebelum membuat tempahan, ingat ia juga perlu sedap selain kelihatan menarik.
3. Sebelum mengesahkan penempahan kek anda, tanya siapa yang akan menghantar kek anda dan siapa yang akan menyusunnya. Pastikan mereka mengikut masa anda agar majlis resepsi berjalan dengan lancar.
4. Tema kek bergantung kepada kehendak anda, namun ia tampak lebih menarik jika sepadan dengan ton majlis, tema majlis, lokasi serta busana anda.
5. Jangan menempah kek pada saat akhir kerana kebanyakan kek perkahwinan mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Lebih-lebih lagi jika rekaan kek rumit untuk dihasilkan. Yela, sekarang ini banyak jenis rekaan kek yang ditempah khas, contohnya, kek gambar barbie, kek penuh dengan bunga, jadi tempah awal agar tiada isu last minute.
6. Ganti kek dengan kek cawan jika anda ingin sesuatu yang berbeza. Kiraan kek cawan juga bergantung kepada ketinggian kek yang anda inginkan. Kelebihan kek cawan adalah mudahkan proses penghantaran kerana saiznya yang lebih kecil. Bukan itu saja, kek cawan tidak perlu dipotong jadi anda tidak perlu susah payah nak potong kek satu persatu.
Terkini, terdapat satu trend kek kahwin yang hangat di barat iaitu Kek Geodes. Pasti ramai yang kagum dan tak sampai hati nak makan kek perkahwninan yang cantik ini. Kek perkahwinan yang indah yang direka untuk kelihatan seperti batu dengan rongga kosong yang dipenuhi dengan kristal berkilauan.
Difahamkan kek Geodes ini boleh mengambil masa sekurang-kurangnya tiga hari untuk menanam jenis kristal gula yang diperlukan untuk menghiasi kek ini dan sehingga seminggu untuk batu-batu yang lebih besar!
Kalau anda rasa teringin nak buat kek Geodes, ini ada antara 10 rekaan yang terbaik boleh dijadikan inspirasi. Semoga Berjaya!
#1
#2
https://www.instagram.com/p/BFU4oqNroYf/
#3
#4
#5
#6
#7
#8
#9