Mula-mula jatuh cinta, kini berkahwin pula dengan orang yang lebih tua?
Fenomena ini bukanlah sesuatu yang janggal untuk kita amati apabila salah seorang dari kenalan mahupun dalam kalangan saudara perempuan kita membuat keputusan untuk mengikat tali perkahwinan dengan lelaki yang lebih tua dan bersifat matang.
Namun, apa menjadikan perkara ini lebih “complicated” adalah jika seorang lelaki mempunyai niat untuk menyunting wanita yang memiliki jurang perbezaan umur yang agak jauh dari dirinya. Jauh maksudnya di sini adalah LEBIH TUA. Hmm…
Kedengaran pelik bukan? Kadang itu, ada yang pasangan wanitanya hampir seusia dengan si ibu. Jadi, bayangkan sahajalah apa yang bakal keluarga lelaki tersebut fikirkan.
Walau bagaimanapun, umur hanyalah sekadar angka yang tidak dapat membayangi sifat seseorang. Kaum lelaki masa kini yang bersifat terbuka membuatkan mereka lebih terdorong untuk mencintai serta mempercayai pasangan wanitanya yang boleh dipanggil dengan gelaran ‘kakak’ atau ‘makcik’ itu.
Setelah Wanista perhatikan dengan lebih terperinci, ini mungkin 11 sifat perempuan lebih tua yang dibutuhkan oleh kebanyakan lelaki.
#1 Berkeyakinan
Wanita berumur mengenali diri dan sifat mereka berbanding orang lain.
Dengan adanya pakej lengkap itu, mereka secara tidak langsung sebenarnya berjaya memancing persepsi positif lelaki yang akan mengaggap mereka sebagai menarik, seksi, berhemah tinggi, dan pastinya berkeyakinan!
Dengan adanya sifat yakin diri dalam jiwa wanita berumur, maka akan berkuranglah drama seperti yang anak gadis selalu bangkitkan. Iya lah… lelaki mana yang suka melayan karenah perempuan yang mengada-ngada, gedik dan sukar diramal. Perempuan tidak matang adalah membosankan bagi lelaki.
#2 Bertanggungjawab
Wanita berumur selalunya telah sekian lama berusaha keras untuk membina karier dan khidupan yang kukuh. Mereka lebih fokus, malah lebih jelas akan kehendak diri mereka.
Dalam sesetengah situasi, wanita-wanita ini bisa memberi tunjuk ajar untuk membantu pasangan lelaki muda mereka untuk menginjak ke kehidupan yang lebih teratur dan maju.
Pengalaman turun naik kehidupannya juga bisa menjadi inspirasi kepada si lelaki untuk bersifat lebih realistik.
#3 Berdikari
Tidak dinafikan, wanita berumur sebenarnya lebih gembira jika mereka tidak terikat dengan apa-apa komitmen seperti ‘percintaan’. Dirinya juga tidak perlu bersusah payah untuk memanjakan diri dan menagih belas kasih dari seorang lelaki.
Jauh sekali, wanita berumur tidak akan pernah menarik perhatian lelaki dengan cara yang ‘murah’. Baik dari segi kewangan mahupun emosi, biarpun apa sahaja yang melanda dirinya, wanita berumur lebih cekal untuk menghadapinya seorang diri. Sebab itu lelaki terpikat!
#4 Keikhlasan
Bagi wanita berumur, hormat adalah perkara yang mustahak dalam hubungan percintaan.
Mereka yang lebih tua akan bisa menguasai kemahiran hidup utama ini seterusnya akan memberi pulangan dengan menunjukkan rasa hormat, kepercayaan dan keihklasan terhadap pasangan lawannya.
Wanita yang lebih tua juga tidak berminat untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki yang tidak matang dek kerana lelaki itu masih berangan untuk menjalinkan beberapa hubungan lain di luar sana. Lelaki mata kerangjang adalah lelaki pertama yang akan ditolak oleh wanita berumur.
#5 Pengalaman
Mereka sudah makan garam dulu, jadi kebayankkan wanita berumur lebih berhati-hati dalam menjalinkan hubungan dengan seseorang. Telah banyak pengalaman mereka tentang cinta.
Lazimnya, wanita yang lebih tua tahu mengawal emosi dan mencari cinta sejati yang bukan sekadar eksperimen.
#6 Perbualan
Apabila rupa sudah dimamah usia, hanya perbualan yang boleh bantu menyerikan kembali kebahagian sesuatu hubungan. Itu yang lebih penting sebenarnya.
Perbualan yang bermakna tidak hanya tertumpu kepada cerita tentang pengalaman hidup semata, pasangan seharusnya belajar menjadi matang melalui komunikasi dan itulah nilai berharga yang kita cuba cari dalam diri pasangan.
Lelaki sangat menghargai dan tertarik kepada wanita yang boleh memberi lebih kenikmatan dan keseronkan lebih dari sekadar rupa paras cantik dan hubungan intim yang hebat.
#7 Kehidupan Seks
Haruslah, wanita yang lebih tua punyai banyak pengalaman tentang kehidupan di kamar beradu. ehem.
Mereka jauh sekali tidak mempunyai perasaan ragu atau risau seperti yang kebanyakkan wanita hadapi.
Jika mereka rasakan ada sesuatu yang tidak kena, mereka lebih cekap dan cepat untuk berbincang dengan pasangan.
Apabila kedua-kedua individu memahami kehendak masing-masing, ianya akan membuatkan pengalaman intimasi itu lebih bermakna serta hebat.
Kedua-duanya bakal mengecapi keyakianan diri dalam melakukan hubungan intim apabila mempunyai persefahaman, betul?
Wanita yang berumur juga dikatakan pakar dalam memujuk lelaki. Itulah sebab utama mengapa lelaki tertarik kepada wanita berumur kerana lelaki juga ingin dimanja dan dibelai.
#8 Bijak
Yup lelaki mengakui, wanita berumur lebih bersifat terbuka dan jujur terhadap hubungan mereka. Jika mereka rasakan ada sesuatu yang tidak kena mahupun mereka mahukan sesuatu, wanita ini tidak akan berdolak-dalik tentang perasaan mereka.
Mereka akan secara bijak, menonjolkan diri mereka, memberitahu pasangan apa yang mereka suka dan tidak suka supaya kedua-dua belah boleh memahami antara satu sama lain dan berbahagian tanpa perlu ada prasangka.
#9 Tegas
Kadang-kala jika wanita berlaku tegas dalam hubungan percintaan mereka, ia sebenarnya dapat menarik perhatian lelaki.
Tegas dalam diri wanita berumur tidak sama sifatnya dengan keyakinan diri mereka. Tegas di sini bermaksud mereka tidak akan ‘bermain’ sebagai contoh dengan sengaja membuat si lelaki cemburu, marah atau apa sahaja seperti kebanyakkan perempuan lain lakukan terhadap pasangan.
#10 Sofistikated
Lelaki yang sering cuba mencari wanita yang sofistikated dan matang selalunya akan menemui sifat-sifat tersebut dalam diri wanita berumur. Ini kerana, mereka lebih elegen dan terdorong untuk mempunyai pelbagai hobi serta minat yang unik!
#11 Personaliti
Akhir sekali, lelaki mengakui yang mereka bukan sahaja tertarik kepada wanita berumur secara fizikal malah personaliti mereka juga sangat menarik!
Disebabkan mereka lebih yakin, personaliti mereka secara tidak langsung menyerlah. Mereka banyak bergaul membuatkan mereka terdedah dengan banyak perkara sekaligus tidak berasa kekok untuk membangkitkan topik-topik menarik kala berbicara dengan pasangan lelaki muda.
Ha, jadi wanita-wanita di luar sana, janganlah sedih jika anda masih belum dipetik orang. Ada kemungkinan jodoh dan bakal suami anda itu masih berada di bangku sekolah, di IPTA atauuuuuu… masih belum pun lahir! 🙂