Setiap hari, kita dikehendaki untuk membuat pelbagai perkara dalam satu-satu masa. Kehidupan yang sibuk atau ‘multitasking’ membuatkan kita kadang-kadang berasa mengah.
Bila bercakap tentang aksesori komputer, semuanya nampak biasa. Tetapi, baru-baru ini syarikat pembekal aksesori komputer ternama Logitech mengumumkan keluaran produk terbaru mereka.
Nak tahu apa dia produk terbaru daripada Logitech yang begitu sempurna untuk para pengguna diluar sana dimana ia menjanjikan sesuatu yang baru, bukan sahaja anda menyukainya, rakan anda juga akan terhibur.
Mengikuti trend yang sedang berkembang, Logitech berjaya mengeluarkan sebuah produk pembesar suara mudah alih ‘UE BOOM’ yang mempunyai prestasi kualiti bunyi yang cukup mengagumkan.
UE BOOM adalah pemain muzik untuk sosial, yang pertama seumpamanya. Ia adalah pembesar suara stereo dengan pengeluaran bunyi 360-darjah menerusi rekaannya yang seakan sebuah silinder, dan dikuasakan bateri terbina dalam.
Bateri pada UE BOOM, boleh memainkan lagu sehingga 15 jam lamanya dengan sekali pengecasan. UE BOOM menggunakan port mikro-USB 2.0 untuk mengecas, jadi anda boleh juga menggunakan power bank untuk memanjangkan lagi hayat UE BOOM ini.
UE BOOM adalah pembesar suara mudah alih yang tahan lasak. Ia adalah peranti yang kalis air dan kotoran. Bukan itu sahaja, jika anda mempunyai rakan yang turut mempunyai UE BOOM, ia boleh dipadankan bersama untuk menambah lagi bunyi keliling, samada secara mod stereo kiri dan kanan, atau mengeluarkan bunyi yang sama, semuanya dikawal menerusi aplikasi UE BOOM, yang boleh dipasang di iOS dan Android.
UE BOOM boleh memainkan apa jua lagu dari peranti yang boleh dihubungkan melalui Bluetooth, ataupun melalui port audio 3.5mm. Ia boleh menyimpan sehingga 8 profail Bluetooth, dan berhubung dengan dua peranti Bluetooth serentak untuk memainkan lagu. Hubungan tanpa wayar Bluetooth boleh bersambung sehingga jarak 15 meter antara satu sama lain.
UE BOOM terdapat di Malaysia dari 5 Mei 2015 dengan harga runcit RM799. Untuk maklumat lanjut dan untuk mencari peruncit berhampiran anda, sila layari www.ultimateears.com.