Nak Kekal Cantik? Ketahui 5 Petua Tradisional Ini

Nak kekal cantik tubuh badan? Semuanya ada pada 5 petua tradisional ini. Selamat Mencuba!

IKLAN

Lobak Merah Tegangkan Kulit Wajah

Setiap wanita inginkan kulit wajah yang tegang dan berseri, namun sering pertambahan usia menyebabkan kulit wajah kian mengendur. Masalah ini boleh diatasinya dengan memarut lobak merah serta mencampurkannya dengan sesudu kecil susu tepung dan madu. Kacau sebati dan sapukan pada kulit wajah. Biarkan kering selama 10 hingga 15 minit dan bilas dengan air sejuk. Lakukan sekurang-kurangnya dua kali seminggu dan lihat hasilnya.

http://media.mercola.com

Daun Sirih Naikkan Seri Wajah Pengantin

Buat bakal mempelai, anda boleh mencuba pelbagai cara bagi menaikkan seri wajah. Antaranya, 30 hari sebelum menjelang hari bahagia, ambil segenggam daun sirih yang besar saiznya dan rebuskan di dalam air putih sehingga warna air berubah kehijauan. Selepas itu, gunakan air rebusan itu tadi untuk mencuci wajah anda. Biarkan air tersebut seketika di muka dan kemudian bilaskan dengan air sejuk. Untuk pengetahuan ini, kelebihan air rebusan ini boleh digunakan untuk mengelakkan pertumbuhan jerawat atau ruam-ruam kecil di muka, seterusnya menaikkan seri wajah pengantin.

http://cdn.klimg.com

Air Limau Nipis Turunkan Berat Badan

Impian setiap wanita miliki potongan badan yang menarik dan ramping. Ianya boleh dicapai dengan menyediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari dan perahkan airnya ke dalam gelas yang berisi air sejuk. Setelah itu masukkan perahan air tadi ke dalam peti sejuk. Perahan air yang sejuk tadi boleh dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Amalkan meminumnya selama sebulan dengan disertai hidangan ringan untuk menurunkan berat badan.

http://tokeinfo.com

Lembutkan Tangan Dengan Hampas Kelapa

Hampas kelapa yang telah diperah jangan dibuang kerana ia boleh digunakan bagi menjadikan tapak tangan selembut sutera. Caranya ialah dengan meramas hampas kelapa pada kedua-dua belah tapak tangan dan bilas bersih dengan air suam. Amalkan petua ini selalu dan hasilnya tangan anda akan menjadi lembut tanpa penggunaan losen.

IKLAN
http://www.teropongbisnis.com

Kilatkan Kuku Dengan Belimbing Buluh

Kuku yang bersih dan berkilat pasti menjadi idaman semua, petua tradisional yang dipercayai mampu mengilatkan kuku mudah disediakan. Anda hanya perlu merendamkan jari di dalam air yang telah dicampurkan dengan perahan tiga biji air limau nipis selama 15 minit. Selesai merendam, ambil buah belimbing buluh dan gosokkan pada kuku, kemudian basuh kuku dan keringkan. Amalkan petua ini setiap hari sehingga menampakkan hasil yang diinginkan. Kuku anda bukan sahaja akan kelihatan bersih malah cantik dan berkilat.

https://tajashomestay.files.wordpress.com

Sumber : Majalah Pesona Pengantin

info cantikpetuapetua cantikpetua melayupetua tradisionaltips cantik
Recommended