Tak Perlu Bayar Mahal, Hanya DIY Skrub Badan di Rumah Sahaja

Skrub badan akan membuatkan kulit badan lebih licin dan bersih sepenuhnya. Tetapi, kebelakangan ini skrub badan boleh dikatakan agak mahal dan khidmat spa juga boleh mencapai ratusan ringgit. Jadi, nak buat macam mana?

IKLAN

Nah! Wanista kongsikan beberapa cara untuk menyediakan skrub buatan sendiri di rumah tanpa perlu membayar mahal dan keberkesanannya juga terjamin. Mudah bukan?

#Skrub Kopi

Anda hanya perlukan ½ cawan gula, ½ cawan serbuk kopi dan juga 1 cawan minyak kelapa. 

Cara membuatnya – Campurkan serbuk kopi dengan gula dan gaul sehingga sebati. Masukkan minyak kelapa ke dalam campuran kopi dan gula tadi. Gunakan tangan untuk melenyek rata ketiga-tiga campuran agar minyak kelapa boleh cair mengikut suhu badan kita. Letak dalam balang kaca dan sedia untuk digunakan.

http://www.essiebutton.com

#Skrub Lavender dan Vanilla

Untuk membuat skrub lavender dan vanilla, anda perlukan 2 cawan gula, 1 cawan minyak biji anggur, 1 sudu teh ekstrak vanilla, 2 sudu besar bunga lavender kering dan juga 12 titik minyak essential lavender.

Cara penyediaan – Campurkan kesemua bahan-bahan tersebut ke dalam satu mangkuk bersaiz sederhana. Gaul rata sehingga sebati. Simpankan di dalam balang kaca dan gunakan ketika mandi. Goncang sebelum digunakan.

www.buildingourstory.com

#Skrub Koko

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat skrub koko sangat mudah. Hanya 1 cawan minyak kelapa, ½ cawan gula perang dan ¼ cawan serbuk koko.

IKLAN

Caranya – Campurkan minyak kelapa, gula perang dan serbuk koko dalam sebuah mangkuk bersaiz sederhana dan kacau sehingga sebati. Simpan di dalam balang kaca dan boleh digunakan setiap hari ketika mandi.

http://www.cocoscrubs.com/

[SUMBER]

badandiydiy skrub badanrawatan badanskrubskrub badanspa
Recommended