Masalah Bibir Kering? Ini 6 DIY Skrub Bibir Boleh Cuba

Skrub bibir adalah penting untuk membuatkan bibir anda lebih sihat dan lembap. Daripada membazir, apa kata anda cuba lakukan di rumah dengan menggunakan bahan organik yang ada di dapur. 

IKLAN

Ini 6 DIY skrub bibir yang boleh anda cuba di dapur anda sendiri, bukan sahaja mudah tetapi ianya menggunakan produk semula jadi dan selamat digunakan. 

1. Raspberi

Anda perlukan gula organik, minyak zaitun dan madu. Kesemua bahan ini dicampurkan. Raspberi dikisar halus dan dicampurkan ke dalam adunan tadi. Kacau dan rapikan kesemuanya. Campuran merah jambu sempurna ini menjadikan bibir anda lembut dan bermaya sentiasa.

2. Madu

Paling mudah dibuat. Anda hanya perlukan gula, madu, minyak badam, anda juga boleh letak sedikit cinnamon. Letak pada bibir dan lihat hasilnya, bibir anda kelihatan lebih penuh, menggiurkan dan tiada lagi kedutan. 

3. Kelapa

Satu lagi resepi DIY boleh anda cuba gunakan kelapa. Suka rasa dan aroma kelapa? Jika begitu, anda patut cuba resepi skrub bibir ini. Sala seperti sebelum ini, yang satu ini sangat mudah untuk disediakan. Hanya perlukan beberapa minyak kelapa, madu, gula dan air suam. 

IKLAN

4. Gula Perang

Untuk ini, anda perlukan gula (perang atau biasa), tambahkan minyak kelapa dara dan sedikit kayu manis. Campurkan kesemua bahan-bahan sehingga jadinya berketul-ketul. Gosok pada bibir dan bilas dengan air. 

5. Lemon

Resepinya masih sama cuma anda tambahkan sedikit minyak pati lemon, bahan lain diperlukan ialah minyak jojoba, madu mentah dan gula. Campurkan kesemuanya sehingga anda mempunyai konsisten yang baik untuk skrub. Biarkan di bibir beberapa minit, basuh dengan tuala kecil basah. 

6. Bubblegum

Mungkin resepi ini tidak baik tetapi anda masih boleh membuat scrub bibir berperisa bubblegum dengan bantuan beberapa perisa. Anda hanya perlukan gula da minyak zaitun.

Skrub bibir DIY ini boleh disimpan selama seminggu, hanya menyimpannya di dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk. Sebelum guna, biarkan skrub bibir cair selama beberapa minit pertama. 

allwomenstalk

bibirdiy skrub bibirresepi skrub bibirskrub bibirskrup
Recommended