Okay, Lelaki Menangis?
Seperti yang kita tahu, lelaki adalah kaum yang memiliki ego yang sangat tinggi berbanding wanita. Ini fakta, hakikat dan kenyataan. Jarang-jarang rasanya dapat melihat lelaki menitiskan air mata tetapi hakikatnya, mereka juga menangis.
Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang lelaki menangis, hanya kerana seorang perempuan?
1. Kematian Orang yang Dicintai – Siapa yang tidak sedih kehilangan orang yang dicintai? Sebagai contoh kematian ibu bapa tercinta, ini memberi impak besar dalam hidup mereka malah hal yang sangat normal ketika melihat lelaki menangis saat kehilangan orang dicintainya, baik kekasih, keluarga mahupun teman. Malah jarang lelaki tidak menangis jika ada orang terdekatnya yang meninggal.
2. Kematian Haiwan Peliharaan – Tidak hanya manusia, kehilangan haiwan kesayangan juga boleh membuat lelaki menitiskan air mata. Hubungan antara haiwan kesayangan dan tuannya boleh sangat dekat, jika dia sudah merawatnya sejak kecil atau banyak menghabiskan masa bersama.
3. Melihat orang yang disayanginya Sengsara – Lelaki tidak tahan jika melihat orang-orang yang disayanginya mengalami kesengsaraan. Lelaki boleh menangis ketika adiknya mengambil dadah atau melihat kekasihnya terbaring di bilik ICU kerana sakit. Kegagalan menyelamatkan orang-orang tercinta dari situasi buruk, membuatnya kecewa pada diri sendiri dan akhirnya timbul kesedihan yang mendalam.
4. Mengecewakan Keluarga atau Orang Terdekat – Arnold Schwarzenegger dikhabarkan sempat menangis saat akan diceraikan isterinya kerana berkhalwat. Ya, membuat kekasih atau orang dekatnya kecewa merupakan satu perkara yang boleh buat lelaki menangis. Dibandingkan membuat orang marah, perasaan bersalah akan lebih besar melingkupi dirinya jika orang tersayang jadi kecewa kerana perbuatannya.
5. Membuat Orang Tuanya Bangga – Baik lelaki mahupun wanita, pasti berkeinginan membuat orang tuanya bangga. Tapi bagi lelaki, ada perasaan emosional tersendiri yang lebih kuat apabila melihat bahagia di mata orang tuanya. Hal ini kerana secara sosial, kanak-kanak lelaki memang biasanya lebih dituntut untuk menjadi kebanggaan keluarga.
6. Ketika lamarannya diterima – Tidak ada jawapan yang lebih diinginkan lelaki selain kata: “ya, aku bersedia” ketika dia melamar kekasihnya. Air mata lelaki tidak hanya keluar pada saat sedih saja, tetapi juga saat dia merasakan kebahagiaan yang luar biasa. Salah satunya, boleh menikahi wanita yang dicintainya.
7. Saat Menikah – Walaupun lebih ramai wanita yang menangis saat mengucap janji suci di depan penghulu atau pendeta, lelaki juga boleh menitiskan air mata di salah satu momen paling penting dalam hidupnya ini. Ada ketegangan dan rasa emosional tersendiri ketika seseorang akan melangkah ke dunia baru dalam hidupnya.
8. Kelahiran Anak Pertama – Banyak lelaki yang merasa tersekat apabila melihat kelahiran anak pertamanya. Perasaan bahagia biasanya akan semakin kuat ketika menyaksikan proses dari awal sampai bayi lahir.
Jadi kesimpulannya, setiap manusia mesti mempunyai pengalaman menangis, paling tidak pun sebaik sahaja selepas dilahirkan. Ia adalah fitrah semulajadi yang Allah S.W.T anugerahkan kepada manusia. Menangis tidak terbatas pada perasaan sedih, malahan juga berkait rapat dengan kebahagiaan dan kegembiraan. Malah, jika ada lelaki menangis, itu bukan bermakna mereka lemah.