Kita memang digalakkan bersenam untuk hidup lebih sihat. Ada yang sering ke gimnasium, ada yang melakukan aktiviti riadah bersama rakan dan tidak lupa juga yang hanya berlari.
Penyusutan berat badan memerlukan satu bentuk aktiviti fizikal yang boleh membantu anda dalam membakar kalori secara lebih efektif walaupun hanya dalam waktu sejam. Namun ramai yang tidak tahu kaedah latihan yang sesuai untuk mencapai misi ini. Berjoging atau berlari merupakan salah satu latihan kardo yang paling efektif untuk memangkas berat badan. Selain membakar sebanyak 800 kalori dalam masa satu jam, joging juga boleh membentuk paha dan kaki agar kelihatan lebih kecil. Selain itu, aerobik juga boleh menjadi pilihan. Bagi yang ingin membentuk otot kaki, pinggul dan paha, aktiviti ini adalah yang boleh tepat sekali. Ia mampu membakar sehingga 800 kalori selama sejam.
Untuk melakukan pelbagai aktiviti ini, kasut merupakan elemen terpenting kerana dengan kasut yang berkualiti dan bagus, anda dapat meningkatkan lagi pembakaran kalori dan senaman menjadi lebih efektif. Jenama adidas baru-baru ini memperkenalkan model terbaru kasut sukan mereka iaitu Energy Boost dengan rekaan lebih unggul.
Kasut Energy Boost memberikan responsif yang tiada tandingan dari bahagian tumit ke kaki dengan busa BOOST dengan memberikan kesan yang lebih dengan tenaga yang anda gunakan. Seperti yang diketahui umum, busa BOOST pada tapak kasut Energy Boost itu diperbuat daripada ribuan kapsul Energy tahan lama yang mengekalkan keadaan kusyen biarpun dipakai lama. Kasut Energy Boost juga memberikan keselesaan yang lebih baik dengan regangan mesh yang elegan dan membolehkan pengudaraan lebih baik pada kaki anda.
Kusyen Boost juga kekal konsisten dalam apa jua keadaan cuaca berbanding kasut standard EVA yang mengembang dan mengeras di pelbagai suhu. Sistem Kilasan fleksibel mudah menyesuaikan diri dengan mana-mana permukaan dan kekal stabil melalui setiap
langkah. Ia kini boleh didapati di mana-mana kedai adidas Sport Performance dengan harga RM550 di KLCC, Pavilion, The Gardens, Paradigm Mall dan Empire Subang dan juga kedai sukan di seluruh negara. Anda juga boleh membeli-belah secara dalam talian di http://shop.adidas.com.my.
Untuk maklumat lanjut, layari www.facebook.com/adidasrunning dan www.twitter.com/adidasrunning.